11

110 32 0
                                    

Hongjoong mengerling pada Seonghwa di sebelahnya. Kawannya itu nampak pelik hari ini. Tadi sewaktu dia menanya soalan, lelaki itu hanya jawab acuh tidak acuh sahaja. Wajah Seonghwa juga kelihatan beku dari tadi.

Dia berpaling ke belakang, melihat sebentar Seohyun yang sedang khusyuk menulis. Hongjoong tertanya-tanya apa yang mereka berdua bualkan semalam.

"Hwa, kau okey ke tak ni? Lain je aku tengok kau hari ni." Tegur Hongjoong.

"Tak ada lah. Aku macam ni lah, tak ada yang lain." Jawab Seonghwa. Itu pun mengambil masa beberapa saat untuk dia menjawab. Malas barangkali.

"Kau ada bergaduh dengan Seohyun ke?" Hongjoong menanya dengan nada berbisik.

Tangan Seonghwa yang sedang menulis itu terhenti. Dia mengerling sekilas pada Hongjoong.

"Mana ada kita orang bergaduh."

"Habis tu kau bad mood ni kenapa? Lepas tu kenapa Seohyun jumpa kau semalam? Dia cakap apa?"

Seonghwa memejam matanya seketika. Banyak pula soalan yang ditanya.

"Kalau kau tak nak jawab, tak apa. Aku pergi tanya Seohyun."

"Eh kau ni." Seonghwa terus menahan apabila Hongjoong baru ingin bangun.

"Nantilah aku cerita."

"Petang ni, rumah kau."

Selepas itu, Hongjoong terus sibukkan diri dengan buku. Seonghwa yang memandang tajam diabaikan. Suka-suka hati dia je nak tetapkan semua itu.

🍓

Minyoung menghela nafas pendek. Lega apabila Seohyun menceritakan semuanya.

"Kau tak sukakan dia, kan?"

"Min, tak akanlah aku nak sukakan lelaki yang kawan aku suka. Percayalah, aku hanya anggap dia sebagai kawan sekelas aku je." Jelas Seohyun, menyakinkan Minyoung. Dia tersenyum lebar. Lega apabila Minyoung sudah melayannya seperti biasa.

"Tapi dia tak sukakan aku pun." Ujar Minyoung, pasrah. Wajahnya berubah sedih.

"Kau boleh cuba, Min. Cuba buat dia jatuh cinta pada kau. Aku akan support kau." Seohyun mengempal tangannya lalu diangkat paras bahu, memberi semangat untuk kawannya itu.

"Macam mana? Nak bagi dia rose lagi ke?"

"Jangan. Dia tak suka Rose." Ujar Seohyun. Seonghwa suka ataupun tidak dia tidak tahu, tetapi yang dia tahu Seonghwa selalu buang. Kecil hati Minyoung kalau dia beritahu hal sebenar.

"Kau cuba rapat dengan dia. Selalu jumpa dengan dia." Cadang Seohyun. Dia pun sebenarnya tidak tahu juga cara untuk mendekati lelaki kerana dia tidak pernah bercinta.

Minyoung mengangguk berserta senyuman lebar. Semangat dia untuk mendapatkan Seonghwa semakin berkobar-kobar.

ROSE ✔︎Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon