02

147 37 0
                                    

Keluhan dilepaskan. Penat. Dari pagi hingga petang ada kelas. Minyoung tiba-tiba tersenyum kecil sambil menongkat dagu di atas meja makan. Teringat pada buah hati. Rasa terus hilang rasa penat.

"Tersengih-sengih dah kenapa?"

Minyoung tersentak kecil. Dia berpaling ke belakang, menampakkan Seohyun sedang menyandar pada dinding yang memisahkan ruang makan dan dapur. Di tangannya pula ada sebiji gelas. Samalah dengan Minyoung, dia juga baru habis kelas.

"Macam tak biasa tengok aku tersengih macam ni." Minyoung jeling manja pada Seohyun. Seohyun angkat bahu dan mengambil tempat di hadapan Minyoung.

"Daripada kau senyap je, baik kau mengaku je kau suka dekat dia. Melepas nanti, baru tahu."

"Eh kau ni. Tak baik cakap macam tu." Minyoung mencuit lengan Seohyun.

"Aku segan." Minyoung bermain dengan jari sendiri sambil tersenyum malu. Seohyun guling anak mata.

"Dahlah, aku nak mandi. Melekit satu badan." Seohyun menolak gelas yang masih berisi air pada Minyoung. Dia bangun dan naik ke atas.

Baru sahaja mahu tutup pintu bilik, Minyoung di luar sudah menahan.

"Nah. Aku takut tak ingat bagi esok." Minyoung menghulurkan sehelai kertas kecil.

"Rose?"

"Lupa tadi nak beli. Tunggu malam ni." Ujar Minyoung. Seohyun angguk faham. Selepas Minyoung pergi, dia menutup pintu dan naik ke atas katil.

Seohyun memerhati lama kertas kecil itu. Dia ketawa kecil. Orang lain yang suka tapi dia pula yang kena hantar bunga bagai. Ingat dia posmen ke? Biarlah niat nak tolong kawan.

Kalau Seohyun tak fikirkan perasaan malu Minyoung itu, sudah lama dia menulis nama kawannya itu di atas kertas kecil tersebut. Biar Park Seonghwa tahu!

Seohyun ketawa sambil menggeleng kepala. Jahat betul fikiran. Dia bingkas bangun dan berlalu ke tandas. Mahu mandi!

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now