10

122 32 5
                                    

Sudah dua hari Seohyun dan Minyoung tidak bertegur seperti selalu. Sekadar sepatah dua sahaja yang keluar dari mulut mereka. Seohyun tahu dirinya salah kerana tidak jujur serta sikapnya yang kelihatan sangsi membuatkan Minyoung seperti kurang percaya pada dirinya.

Seohyun tekad, hari ini selepas habis kelas dia akan berjumpa dengan Seonghwa. Mahu jelaskan semuanya.

Waktu yang ditunggu telah tiba. Sebaik sahaja pensyarah keluar dari bilik kuliah, terus Seohyun bergerak ke meja Seonghwa.

"Seonghwa,"

Seonghwa yang sedang mengemas begnya terus berpaling. Hongjoong juga turut berpaling.

"Saya nak cakap dengan awak sekejap." Beritahu Seohyun.

Seonghwa dan Hongjoong saling berpandangan sebelum Seonghwa memberi isyarat supaya kawannya itu pergi terlebih dahulu. Ikutkan hati, Hongjoong tidak mahu pergi. Ingin juga mengambil tahu hal mereka berdua tetapi melihat wajah serius Seonghwa itu, dia menurut perintah sahaja.

Kini hanya tinggal Seohyun dan Seonghwa sahaja di dalam kelas.

"Nak cakap pasal apa?" Tanya Seonghwa seraya memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Saya nak jujur pada awak." Seohyun mengemam bibir.

"Bukan saya yang hantar rose dekat awak selama ni."

Jelas wajah Seonghwa berkerut dan bingung.

"Maksud saya, memanglah saya hantar semua tu dekat awak. Tapi itu bukan pemberian daripada saya."

"Habis tu?"

"Kawan saya, Minyoung."

Seonghwa terdiam. Tidak tahu mahu terkejut ataupun tidak. Cuma.. dia agak terkilan kerana selama ini rose dan nota kecil yang selalu dia dapat sebenarnya bukanlah daripada gadis itu.

"Betul?" Seonghwa menduga.

"Iya, betullah. Buat apa nak tipu? Untuk pengetahuan awak, Minyoung sangat sukakan awak. Dan saya tak ada pun perasaan dekat awak."

Keadaan menjadi sunyi. Seohyun sepertinya rasa bersalah kerana memberi harapan palsu kepada Seonghwa? Entah, dia tidak tahu. Tetapi dia yakin Seonghwa tiada hati padanya.

"Awak buat saya menunggu."

"Huh?"

Wajah Seonghwa jadi dingin. Dia ambil begnya sebelum keluar dari situ.

Seohyun memanggil nama Seonghwa namun lelaki itu langsung tidak menghiraukan dirinya.

Awak buat saya menunggu.

Apa Seohyun tidak salah dengar?

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now