06

116 35 9
                                    

Minyoung menuruni anak tangga dan menuju ke meja makan. Matanya menangkap sesuatu di atas meja kecil sebelah dengan sofa. Berkerut wajahnya.

"Seohyun!" Panggil Minyoung.

"Iya, iya. Sekejap." Suara Seohyun datang dari tandas. Sambil menunggu Seohyun datang, Minyoung mengambil tempat di meja makan.

"Hm apa dia?" Seohyun datang.

"Tu," Minyoung tunjuk ke arah sekuntum bunga dan kertas kecil di atas meja kecil. Dia tertanya-tanya barang tersebut masih ada di situ. Setahunya, dia letak di situ pagi tadi untuk Seohyun hantar pada Seonghwa. Sekarang sudah petang dan barang itu masih ada di situ.

Seohyun menghela nafas seketika. Dia mengambil tempat di hadapan Minyoung.

"Sorry, Minyoung. Aku dah tak boleh nak hantar benda tu dekat dia." Ujar Seohyun.

"Kenapa?"

Seohyun menggaru kepalanya. Takkan dia nak beritahu yang Seonghwa sudah tahu pula. Lagi-lagi apabila lelaki itu sudah salah faham.

"Uhm.. aku rasa better kau pergi jumpa dia dan terus-terang je. Benda ni membazir tahu? Bazir duit kau dan bazir masa. Kalau kau terus terang mana tahu dia pun sukakan kau juga. Kan? Kalau tak sampai bila kau sukakan dia dalam diam. Nanti kau juga yang sakit." Panjang Seohyun memberi nasihat. Minyoung terdiam, memikirkan ujaran Seohyun tadi.

Minyoung senyum kecil. "Aku cuba."

🍓

Seonghwa dan Hongjoong berjalan ke kafe. Waktu rehat. Mereka memilih meja di sudut kafe, jauh daripada pandangan orang.

Sedang mereka menjamu selera, datang seorang gadis di meja mereka. Seonghwa dan Hongjoong sama-sama mengangkat kepala. Seorang gadis tersenyum pada mereka.

"Hai. Boleh saya join korang berdua?" Tanya Minyoung.

Dua orang lelaki itu saling berpandangan dan membuat isyarat mata. Selepas itu, Hongjoong menjemput Minyoung duduk.

Sunyi menemani mereka, melayan makanan masing-masing tetapi mata Minyoung asyik melekat pada Seonghwa sahaja. Dia tahan senyumannya. Makan satu meja dengan crush, siapa tidak suka.

"Seonghwa,"

Minyoung menyeru lembut apabila Seonghwa sudah selesai makan. Lelaki itu tidak menyahut, hanya pandang gadis itu dan membuat isyarat supaya gadis itu meneruskan bicaranya.

"Maaf kalau kata-kata saya ni buat awak tak selesa. Saya sebenarnya sukakan awak."

Maka itu, tersembur makanan dari mulut Hongjoong.

Seonghwa merenung wajah Minyoung. Minyoung menunggu balasan lelaki itu dengan perasaan berdebar.

"Sorry. Ada someone tengah tunggu saya sekarang."

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now