22

105 27 0
                                    

Sejak kejadian beberapa hari yang lalu di mana Seonghwa mencuri first kiss milik Seohyun, mereka tidak lagi bertegur sapa. Seonghwa cuba tetapi gadis itu selalu melarikan diri. Rasa bersalah lelaki itu dibuatnya.

Semasa pensyarah mendapat satu panggilan dan meminta izin keluar kelas sekejap, Seonghwa mengambil kesempatan untuk menoleh ke belakang. Ingin melihat Seohyun.

Apabila mata mereka bertemu, segera Seohyun menundukkan kepalanya dan buat-buat sibuk. Seonghwa mengeluh perlahan. Dia tidak suka hubungan mereka menjadi seperti ini.

Selepas dua jam, waktu rehat tiba. Semua berpusu-pusu keluar dari kelas. Seonghwa tahu Seohyun akan melarikan daripadanya jadi dengan segera dia bangun dan mencapai tangan Seohyun apabila gadis itu melintasi mejanya.

"Jangan cuba nak lari."

🍓

Seohyun menunggu di bangku yang ada di taman itu dengan perasaan berdebar. Seonghwa yang bawanya ke sini dan menyuruhnya untuk menunggu.

"Nah,"

Seohyun mendongak dan melihat huluran daripada Seonghwa. Roti bersama sekotak susu strawberi itu dicapainya. Seonghwa mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Sunyi menemani mereka, melayan makanan masing-masing. Siap makan, mereka masih berdiam diri. Seonghwa boleh rasa Seohyun kelihatan tidak selesa dengannya.

"Saya minta maaf." Ucap Seonghwa. Seohyun berpaling.

"K-kenapa nak minta maaf?"

"Hari tu saya-"

"Okey." Seohyun segera memintas. Dia boleh agak apa yang ingin Seonghwa bicarakan.

"Saya tak nak hubungan kita jadi macam ni. Awak selalu mengelak bila terjumpa dengan saya. Saya tak suka." Ujar Seonghwa, serius. Seohyun terkebil-kebil.

"Uhm.. maaf buat awak rasa macam tu. Saya tak berniat pun." Beritahu Seohyun dengan rasa bersalah. Bukan kehendaknya untuk menjauhkan diri tetapi dia malu!

Seonghwa perlahan-lahan membawa tangan Seohyun ke dalam genggamannya.

"I miss you."

Mereka bertentang mata. Entah ke mana hilangnya rasa malu, Seohyun masih tidak memutuskan tautan mata mereka.

Hati gadis itu berdegup kencang. Ada satu perasaan yang aneh hadir. Serius, dia tidak pernah berasa berdebar seperti ini.

Apa dia mula sukakan Seonghwa?

"Saya akan tunggu kata putus daripada awak." Ujar Seonghwa, perlahan dan merenung mata Seohyun dengan dalam.

Seohyun menunduk dan dia melihat tangan kecilnya di dalam tangan Seonghwa.

Dia tidak pasti dengan perasaannya sendiri tetapi dia boleh cuba.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now