08

118 34 1
                                    

Seohyun berjalan seorang diri menuju ke mini mart. Tadi dia sudah mengajak Minyoung untuk menemaninya membeli makanan tetapi gadis itu tidak mahu. Sejak Seonghwa menolak cintanya, Minyoung jadi kurang bercakap seperti biasa. Risau Seohyun dibuatnya.

Gadis itu mendongak ke atas apabila terasa ada titisan air mengena wajahnya. Rupanya mahu hujan. Cepat-cepat Seohyun berlari ke bus stop yang berdekatan. Tidak lama selepas itu, hujan mula turun dengan lebat.

Sudahlah dia berseorangan, payung pula tidak bawa. Perut pun sudah berbunyi tanda minta untuk diisi. Kalau sempat dia ke mini mart tadi, bolehlah dia berteduh di situ. Seohyun mengeluh kecil.

Tiba-tiba seorang lelaki asing muncul, mahu berteduh juga di situ. Seohyun menghiraukan sahaja lelaki itu sebelum merasakan seseorang duduk berdekatan dengannya. Seohyun jadi tidak senang hati. Risau lelaki itu apa-apa kan dirinya.

"Hei, seorang je ke?" Soal lelaki asing itu.

Mahu sahaja Seohyun menjawab,

"Memang awak nampak sekampung ke dekat sini?"

Tetapi dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

"Apa ni!"

Seohyun segera bangun dan menjauh apabila lelaki itu memegang tangannya. Lelaki itu tersengih.

"Janganlah takut. Saya tak akan buat apa-apa pun."

Seohyun mengemam bibir, takut. Dia mahu pergi dari situ tetapi sekarang hujan lebat.

Lelaki itu perlahan-lahan mendekati Seohyun membuatkan gadis itu berundur ke belakang.

Tidak tahu mana silapnya, Seohyun terjatuh. Kakinya rasa lemah. Jadi dia mengesot perlahan-lahan ke belakang.

Sengihan lelaki itu semakin melebar, suka melihat gadis itu takut dengan dirinya. Apabila dia mahu menghampiri Seohyun dengan lebih dekat, terasa bahunya disentuh dari belakang. Terus dia berpaling melihat seorang lelaki yang memandangnya serius.

Seohyun yang turut melihat terus terkejut.

Seonghwa!

Malas mahu bergaduh, Seonghwa hanya menarik lelaki itu menjauh dari Seohyun sebelum dia mula mendekati gadis itu. Tetapi bahunya pula ditarik kuat sehingga dia berpaling menghadap lelaki asing tadi.

"Kau nak try dia pun sabarlah. Bagi aku dulu." Ujar lelaki itu dengan nada tidak puas hati.

"Dia tak nak kau, dia nak aku je." Balas Seonghwa dengan dingin.

"Kau ni pun, janganlah gelojoh. Ikut turn."

Baru lelaki asing itu mahu mendekati Seohyun semula, Seonghwa menarik baju lelaki itu sebelum menolak kasar sehingga jatuh ke lantai.

Melihat Seonghwa mahu mengerjakan lelaki itu, segera Seohyun bangun dan menahan.

"Jangan."

Mata mereka bertembung. Seonghwa mengeluh kecil sebelum dia menggenggam pergelangan tangan Seohyun dan membawa gadis itu pergi dari situ.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now