19

112 28 8
                                    

Seohyun tertanya-tanya mengapa Seonghwa tidak hadir ke kelas hari ini. Niatnya mahu berjumpa dengan lelaki itu untuk mengambil tahu apa yang diberitahu Minyoung.

"Hai."

Sapaan daripada seseorang membuatkan Seohyun yang sedang menulis terus mendongak. Kemudian dia membalas senyuman Hongjoong itu.

"Kenapa?" Tanya Seohyun. Jarang lelaki itu menyapanya walaupun mereka sekelas.

"Tak nak tanya ke kenapa Seonghwa tak datang hari ini?" Hongjoong senyum mengusik. Seohyun terkebil-kebil.

"Perlu ke saya tanya?"

"Iya, perlu. Sebab saya rasa awak nak tahu, kan?" Duga Hongjoong.

Tidak boleh dinafikan kenyataan Hongjoong itu. Jadi Seohyun menyerah sahaja.

"Kenapa dia tak datang?"

"Demam."

"Oh."

Seohyun mengangguk perlahan. Kemudian Hongjoong meletakkan sehelai kertas kecil yang tertulis sesuatu di atas meja Seohyun.

"Jumpalah dia petang ni. Dia tunggu awak." Selepas itu, Hongjoong kembali pada tempat duduknya.

Seohyun memandang kertas di depannya sebelum dia ambil dan teliti tulisan itu. Nampak gayanya seperti alamat rumah.

Alamat rumah Seonghwa?

Seohyun terkebil-kebil. Apa motif Hongjoong beri alamat rumah Seonghwa dan menyuruhnya pergi?

Dia tunggu awak.

Seohyun mengeluh perlahan. Pergi ajelah, nanti Seonghwa menunggu pula.

🍓

Seohyun keluar dari teksi selepas membayar tambang. Dia memandang rumah banglo besar di hadapannya.

Tanpa menunggu lama, Seohyun berlalu ke pintu rumah lalu ditekan loceng sebanyak dua kali. Tidak lama selepas itu, pintu dibuka dan muncul seorang wanita yang sudah berumur, merupakan maid di rumah itu.

Seohyun senyum lebar.

"Maaf datang menganggu waktu petang macam ni. Saya.. kawan Seonghwa."

"Kamu nak jumpa dengan Seonghwa?"

Seohyun mengangguk kecil.

"Dia ada dalam bilik. Tuan dengan Puan Park tiada di rumah." Maklum wanita itu.

Entah mengapa, Seohyun jadi lega mendengar. Kalau ibu bapa Seonghwa ada pasti mereka akan berjumpa dengan dirinya. Minta dijauhkan.

Seohyun masuk ke dalam. Selepas memberitahu keberadaan bilik Seonghwa kepada Seohyun, wanita itu berlalu ke dapur, mahu membancuh minuman.

Kemudian Seohyun menaiki tangga dan seperti diberitahu oleh maid tadi, dia telah menjumpai bilik Seonghwa.

Pintu bilik diketuk namun tiada sahutan dari dalam. Dua tiga kali mencuba, masih sama. Seohyun berfikir sejenak apa dia patut masuk sahaja ataupun tidak.

Setelah menghembus nafas panjang, Seohyun masuk. Tiada orang. Bunyi yang datang dari bilik air membuktikan Seonghwa ada di dalam sana. Seohyun duduk di birai katil, menunggu lelaki itu keluar.

Tidak lama kemudian, pintu bilik air dibuka. Seohyun segera menoleh sebelum dia menjerit apabila Seonghwa yang hanya berseluar menyapa deria penglihatannya.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now