12

109 33 0
                                    

Seonghwa berjalan di sepanjang mall, mencari restoren yang diberitahu Hongjoong dalam mesej. Kawannya itu beria mengajak untuk keluar, bosan sangat di rumah. Seonghwa ikutkan sahaja.

Tiba-tiba Seonghwa berhenti di tepi sebuah kedai bunga. Dari luar dia sudah ternampak bunga rose di dalam dan itu membuatkan dia tertarik untuk melihat.

Melihat rose itu mengingatkan dia pada Seohyun. Seonghwa tersenyum. Tetapi senyumannya mengendur apabila mengingatkan kembali bunga rose yang diberi selama ini bukanlah daripada Seohyun.

Seonghwa tidak tahu kenapa dia harus kecewa. Selama ini dia fikir Seohyun sukakan dirinya dan dia mahu melihat sejauh mana gadis itu akan mengejarnya untuk mendapatkan perhatian daripadanya namun..

Ah, sudah. Dia tidak mahu memikirkan hal itu lagi.

Seonghwa ingin melangkah pergi tetapi kakinya mengeras di situ. Rose di dalam sana terlalu menarik perhatiannya. Dia fikir dia mahu beli nanti, sesudah berjumpa dengan Hongjoong.

Kalau dia belikan bunga rose itu untuk Seohyun, tidak apa kan?

🍓

Datang sahaja ke kelas, Seohyun dikejutkan dengan sekuntum bunga rose di atas mejanya.

"Wah, ada orang bagi rose lah untuk kau." Usik Hana yang baru melabuhkan duduk.

Seohyun yang masih bingung mencapai bunga rose itu. Siapa yang letak dekat sini?

"Kau rasa ada orang salah letak ke?"

"Tak akan lah salah letak. Dia bagi dekat kaulah tu."

"Siapa?"

"Mana aku tahu."

Seohyun senyap. Dia meneliti bunga rose itu sebelum dia teringat dirinya yang selalu meletakkan bunga rose di depan rumah Seonghwa sebelum ini.

Seonghwa?

Terus Seohyun berpaling melihat ke arah meja Seonghwa dan tidak sangka lelaki itu sedang memandang ke arahnya juga. Mata mereka bertemu. Lama mereka bertentang mata, Seohyun sendiri yang memalingkan wajahnya ke arah lain.

Tidak salah lagi, memang Seonghwa yang beri bunga rose padanya.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now