16

99 27 2
                                    

Hongjoong memandang sekilas pada Seonghwa yang baru keluar dari bilik air sebelum dia fokus kembali pada game. Seonghwa pula menyangkut tuala kecil pada penyangkut selepas mengelap mukanya. Hongjoong yang sedang meniarap di atas katil dihampiri lalu dilabuhkan duduk di sebelah.

"Joong,"

"Hm?"

"Apa tanda bila kita selalu teringat dekat seseorang tu?"

Hongjoong diam sebentar sebelum menjawab.

"Ada banyak sebab. Salah satu contoh, bila perempuan selalu teringat dekat seseorang lelaki, kemungkinan dia sukakan lelaki tu."

"Kalau lelaki yang selalu teringatkan seorang perempuan?"

"Sama jelah tu."

Hongjoong menahan diri daripada menyebut perkataan bodoh di hujung ayat.

Seonghwa terdiam.

"Sekejap,"

Hongjoong meletakkan telefon di sebelah sebelum dia memandang sangsi pada Seonghwa.

"Kau ada suka sesiapa ke?"

Seonghwa masih lagi diam. Tidak dapat menjawab pertanyaan Hongjoong kerana dia kurang pasti. Sejujurnya, dia selalu teringatkan Seohyun. Di mana-mana dia pergi, pasti gadis itu akan muncul dalam fikirannya. Sudah buntu Seonghwa mencuba untuk menghilangkan bayang Seohyun dalam fikirannya tetapi dia tidak mampu.

Apa dia sudah jatuh cinta pada Seohyun?

"Aku agak Seohyun. Kan? Sebab setakat ni kau banyak bercakap dengan dia je, perempuan lain tak." Hongjoong meneka. Dia tersengih mengusik pada Seonghwa.

"Kalau betul aku sukakan dia, apa patut aku buat?" Seonghwa menanya dengan wajah serius. Ingin sekali Hongjoong menyiku kepala kawannya itu.

"Cubalah dapatkan dia. Itu pun aku nak kena ajar ke?"

"Aku tak nak paksa dia."

"Tak ada istilah paksa kalau kau berusaha dapatkan dia dengan cara baik."

Seonghwa termenung memikirkan ujaran Hongjoong itu.

"Kalau kau tak nak, tak apa. Aku boleh try dia." Sengaja Hongjoong menyakat Seonghwa. Melihat kawannya itu mula memandang tajam padanya, dia ketawa mengekek.

"Jangan risau. Aku tak ambil hak kawan aku."

Hongjoong menepuk-nepuk perlahan bahu Seonghwa sebelum dia sambung main game.

Seonghwa mengguling anak mata. Nasib baik bergurau, kalau tidak sudah dia kerjakan habis-habisan kawannya itu.

ROSE ✔︎Where stories live. Discover now