﹟their fate

395 64 10
                                    

Kisah mengenai dua hati.

Sang pemuda, mencintai si gadis seikhlasnya. Menganggap gadis itu sebagai anugerah yang bermakna dari Tuhan. Segala apa sanggup digadaikan demi si pujaan hati. Bahkan, perasaannya sendiri mampu diabaikan hanya untuk melihat kesayangannya gembira.

Sang gadis, tidak sedar mengenai perasaan si pemuda. Jatuh hati pada orang lain dan cuma menganggap pemuda itu sebagai teman. Seakan buta, dia membiarkan si pemuda terkapai-kapai seorang diri di lautan cinta.

Lama-kelamaan, takdir memutarkan aturannya. Perasaan sang pemuda akhirnya terbalas. Sang gadis mula menerima pemuda yang telah banyak berkorban, menghargainya dengan baik. Keduanya menjalani hidup dengan indah, saling mencintai satu sama lain.

Namun, ternyata takdir sangat kejam kepada mereka.

Di saat mereka sudah dilanda bahagia, sang pemuda disahkan menghidap penyakit yang mematikan. Dia terpaksa meninggalkan gadis kesayangannya di dunia.

Cinta mereka berakhir tragis. Dua hati ini terluka, menderita tatkala takdir merentap kebahagiaan mereka.

Bagaimanapun, pemuda itu sempat menyampaikan permintaan kepada Tuhan. Dia berharap, dia dan gadis itu bakal diberikan peluang lagi. Peluang untuk berbahagia sehingga ke akhir hayat. Peluang untuk ditakdirkan sebagai dua orang yang boleh bersama selamanya.

Bagaimana sekiranya,

Tuhan benar-benar mengabulkan permintaannya?

Kisah dua hati.

Kali ini, di semesta yang berbeza. Di dunia yang membenarkan mereka untuk bersama. Semuanya bakal diterbalikkan sehabisnya, beberapa perubahan akan berlaku.

Dua hati.

Kanemoto Yoshinori dan Lee Aera.

Cerita mereka bermula sekarang.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now