B A B 3 🐯

253 49 167
                                    

Cincin kahwin yang tersarung kemas di jari manisnya direnung kosong. Yoshi menghela nafas berat. Air sejuk diteguk sedikit, ingin menyejukkan hati yang gundah.

Pandangan dikalihkan pada keriuhan yang berpunca dari ruang tamu.

"Bila aku dah kata taknak tu, maksudnya taknaklah! Apa lagi kau nak paksa aku?"

"Tapi dia suami kau, Rara! Kau nak derhaka dengan dia ke ha? Tak takut dosa?"

"Dia bukan suami aku! Aku taknak dia, aku nak Asahi!"

Sebentar kemudian, kelibat Aera muncul mahu menaiki tangga. Dia bertemu mata dengan Yoshi yang berada di dapur. Tatapan jelik dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum dia menghentak kakinya naik ke atas.

Yoshi berusaha menahan empangan air mata yang mula terbina. Gelas di tangan digenggam kuat.

Beberapa minggu sudah berlalu. Aera dan Chan sudah lama dibenarkan pulang. Memandangkan ibu bapa mereka masih risaukan keadaan mereka berdua, si kembar itu diarahkan untuk tinggal sementara waktu di rumah mama papa mereka. Aera dan Chan tiada pilihan selain akur. Secara tidak langsung, Chaera dan Yoshi juga perlu berada di sini.

Namun, tuah nampaknya masih belum berpihak kepada Yoshi. Dia berterus-terusan disinggahi malang.

Aera tetap tidak mengingatinya. Dia tidak mahu menerima Yoshi sebagai suaminya walaupun telah dinasihati berkali-kali. Biarpun sudah dijelaskan mengenai Asahi, dia masih mahukan lelaki itu yang di sampingnya.

Sepanjang waktu, Aera sepertinya menghindarkan diri daripada Yoshi. Tidak pernah sekalipun masa di mana mereka berdua tidur sebilik. Aera lebih rela menginapi bilik tetamu. Sedikit pun dia tidak berniat ingin berbicara santai dengan Yoshi. Hanya jelingan dan makian saja yang seringkali didapatnya.

Gadis itu seolah-olah membenci Yoshi.

Dan Yoshi benar-benar terluka akan perlakuannya itu.

"Yoshi? Kau tak tidur lagi? Dah lewat ni..."

Lamunan Yoshi bersepai. Dia tersentak tatkala disapa secara mengejut. Dia menoleh, memandang Chan yang sedang menolak kerusi rodanya memasuki ruangan dapur.

Yoshi cuma mengukir senyum nipis.

"Aku tak boleh tidurlah. Tak tahu kenapa." tuturnya.

Bohong.

Yoshi hakikatnya tidak boleh tidur kerana sibuk memikirkan perihal isterinya yang berubah 360 darjah.

Chan mengemam bibirnya.

"Kau dengar ke aku gaduh ngan Aera tadi?"

"Aku... Tercuri dengar. Maaf."

Chan mengeluh.

"Yosh, aku dah cuba cakap dengan dia. Dah banyak kali aku suruh tapi dia masih taknak–"

"Layan aku dengan baik?" Yoshi menduga.

Anggukan menjadi balasan. Yoshi terkekeh sendiri. Gelasnya dimainkan.

"Tak apalah, Chan. Aku pun dah tak tahu nak buat apa lagi. Mungkin aku kena biasakan diri dengan keadaan macam ni. Well, aku sedar je tempat aku kat mana..." kata Yoshi.

Chan mendecakkan lidahnya.

"Jangan pasrah berserah camni bro. Walau apa jadi sekalipun, kau tetap suami dia yang sah. Dia tak boleh terus berkhayal untuk bersama dengan orang yang dah takde. Haih, aku tak pun tak pahamlah macam mana dia boleh tetibe tergila-gilakan Asahi balik. Teruk sangat otak dia bergegar rasanya." Lelaki itu memicit batang hidung, runsing.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now