B A B 19 🐯

224 40 22
                                    

"Hyung, hyung."

"Apa kau?"

"Aku rasa lemahlah."

Yedam mengerutkan dahinya. Dia terus memaut kedua-dua belah bahu Mashiho.

"Lemah? Kau sakit ke? Nak rehat dulu?" Agak risau jugak dia mendengarnya. Manalah tahu member tu overwork ke.

"Tak, hyung. Aku rasa lemah longlai lesu lebiu ACIA CIA CIA–"

"CIA CIA CIAL! GI KIJORING KAU SANA! BUANG MASA AKU BETUL!"

"HUWAA!"

Melayang Mashiho dibuatnya apabila Yedam tanpa rasa simpati menendang tubuh mungilnya. Dia duduk bersimpuh di atas tanah, tangannya disedekapkan ke dada.

"Sungguh tega hatimu, hyung. Apa salah dan dosaku, hyung? Oh, sakitnya itu di sini di dalam pankreasku." Penuh dramatis sekali aksinya, lagak seperti isteri didayusi suami.

Yedam bagaimanapun langsung tidak mengendahkannya, apatah lagi membantunya berdiri semula. Malas mahu melayan perangai over Mashiho. Telefonnya diperiksa sekali lagi.

"Jadi ke idok mamat ni? Kata tadi on the way. Dasar Jepun tak reti nak on time."

"Woi woi, mulut tu helok sikit eh. Yang terdampar cam dungong sebelah hyung ni kelahiran Jepun jugak tau. Jangan sampai tapak kaki aku debut kat muka tapir hyung tu." ugut Mashiho, sedikit koyak.

Seseorang datang menghampiri mereka. Keduanya serta-merta mengangkat kepala, memandang Yoshi yang tersengih senget. Yedam menumbuk bahu lelaki itu.

"Ingat tak jadi datang tadi. Lambat beno lahai." ujarnya.

"Sorrylah der. Jalan jem tadi, ada orang buat challenge joget lagu Collide tengah-tengah highway."

Yoshi mengambil tempat duduk di sebelah Yedam. Mashiho bangun, turut duduk elok seperti awal tadi.

"Jarang-jarang Yoshi hyung nak lepak sekali ngan kitorang ni. Selalu bila kitorang ajak, sibuk je memanjang. Ni apa cer ni?" tanyanya, keries.

Pertanyaannya mengambil masa yang agak lama untuk dijawab. Yoshi berdiam diri sebentar. Dia menghela nafas, berat. Sama berat seperti beban yang dirasanya sekarang.

"Stress sikit dua tiga hari ni, ada masalah dengan kerja. Need to clear my head from all the shits." jelas Yoshi, cukup ringkas.

"Ohhh. Fikirlah Aera noona cari skandal baru ke apa tadi."

"Kau pendek mulut jangan lancang sangat ye? Satgi aku gesek-gesekkan muka kau kat batu mahu meroyan peminat kau karang ha."

Yedam yang senyap sejak tadi mencelah.

"Cakap pasal Aera, korang apa kabor sekarang? Ada apa-apa perkembangan?"

Yoshi tersenyum kelat.

"Well... Dia dah start layan aku elok-elok. Aku suka je dengan cara dia sekarang ni, cuma... Aku harap memori dia akan pulih secepatnya. Aku rindu cinta aku, Dam." Kedengaran lirih saja suara Yoshi berbicara.

Tumpah juga rasa kesian Yedam dan Mashiho buat lelaki itu. Sesabar-sabar seorang Yoshinori pun, pasti tidak mampu menahan rasa sebak mengenangkan yang isterinya tidak sama seperti dahulu.

"Mungkin hyung boleh buat sesuatu yang boleh trigger memori dia or something? Sesuatu yang boleh ingatkan dia tentang waktu dulu." Mashiho mengutarakan cadangan.

Yoshi menyengetkan kepalanya. "Macam mana?"

Satu idea menyinggahi benak Yedam. Dia tersenyum lebar. Belakang Yoshi ditepuk, perlahan.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now