B A B 18 🐯

180 41 30
                                    

"APACI APACU-"

"LIMA PULUH BANG LIMA PULUH-"

Sumpah, Taehyun rasa nak hentak je kepala sendiri ke dinding. Kesabarannya semakin menipis. Dia menarik nafas dalam, lalu menghembuskannya perlahan-lahan. Dua ekor makhluk Tuhan itu dipandang.

"Excuse me, tapi boleh tak korang pergi membingit kat tempat lain?" tuturnya separa menghalau.

Hyunsuk yang sedang melakukan cubaan maut bergayut menggunakan langsir rumah Taehyun cuma menjeling-jeling manja abang iparnya. Sikit pun tidak ingin menghiraukan lelaki itu.

"Lemek, sukati kitoranglah nak melalak kat mana pun. Kan Dami kan?"

Dami yang sedang merakam perlakuan Hyunsuk untuk dimuat naik ke Tiktok mengangguk laju.

"Betul, betul! Saya setuju!"

"Tengok, Dami pun sokong aku! Okey, sambung LIMA PULUHH, LIMA PULUHH-"

Taehyun terus menapak ke dapur. Putus asa dia mahu menghalang mereka berdua itu. Biarlah mereka.

Terasa menyesal pula dia memperkenalkan Dami kepada Hyunsuk. Seperti yang dijangka, perangai mereka berdua lebih kurang sama saja ; bangang abadi. Dan ternyata persamaan itu membuatkan hubungan mereka bertambah akrab.

Niat sebenar Taehyun menjemput mereka ke rumahnya adalah untuk membantu Taehyun membersihkan rumah. Tahu-tahu, satu kerja pun tak jalan. Mereka berdua lebih seronok membuat kecoh. Taehyun dah rasa macam jaga kanak-kanak tadika.

Peti ais dibuka kasar. Salah satu botol mineral dicapai. Taehyun meneguknya rakus. Dia masih ralit memerhatikan Dami dan Hyunsuk yang sedang sakan bergurau senda di ruang tamu. Dalam diam, dia berasa cemburu.

Ya, dia sedar yang Hyunsuk pasti takkan mempunyai apa-apa perasaan pada Dami memandangkan lelaki itu sudah berkahwin dan Taehyun merupakan abang iparnya, namun tetap saja dia iri melihat betapa mesranya mereka berdua. Dami juga tampak gembira bila berborak bersama Hyunsuk.

Taehyun meraup mukanya sendiri. Nafasnya dihela berat. Berkali-kali dia mencuba untuk menenangkan diri, tetapi gagal. Dia tidak mampu membuang perasaan ini.

Oh Tuhan, rupanya begini seksa yang dirasa apabila jatuh cinta. Sangat tak selesa, dan Taehyun tak sukakannya.

Bajunya seperti ditarik perlahan, membuatkan dia berkalih. Wajah naif Dami menjadi tatapannya.

"Tyun, nak mintak kicap boleh? Hyunnie nak buat jadi celak mata. Dia kata dia nak cosplay jadi abuja."

Wow, siap ada nama panggilan khas?

Dan Taehyun sangka dia sudah cukup istimewa buat Dami.

Taehyun memutarkan biji matanya. Entah mengapa tiba-tiba dia rasa menyampah pula.

"Masih cukup sifat kan? Pergilah cari sendiri." tutur Taehyun, sarkastik.

Dia terus berjalan ke luar rumah, meninggalkan Dami berseorangan di dapur. Hairan dengan sikap Taehyun yang berubah 360 darjah.

"Tyun period ke?"

🖤🐯🖤🐯🖤

Aera melompat-lompat riang, menuju ke bilik Yoshi. Pintu bilik lelaki itu dibuka dari luar.

"Yoshi! Aku nak- Eh?" Terkebil-kebil mata Aera menyedari yang bilik itu kosong.

Dia melangkah masuk ke dalam. Mencari keberadaan lelaki itu. Manalah tahu Yoshi menyorok kat mana-mana, nak main cak cak dengan Aera.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now