B A B 24 🐯

185 30 69
                                    

Yoshi membuka mata, tersentak dari mimpinya. Dia bingkas duduk. Memerhatikan sekelilingnya, dia tahu yang dia berada di dalam bilik isterinya. Ah, dia terlena tanpa sedar.

Dipandang ke samping. Kosong. Aera sudah bangun terlebih dahulu. Entah apalah reaksi gadis itu melihat Yoshi tidur sambil memeluknya. Mungkin marah, mungkin terkejut. Yoshi tidak mahu ambil tahu.

Dia bangun, berjalan ke arah cermin. Spontan dia menghela nafas berat memandang refleksi dirinya. Mata Yoshi sembap habis. Pipinya juga masih basah. Sumpah, rupa Yoshi dah tak macam orang waras.

Pastinya akibat dia yang menangis sepanjang malam sehingga tertidur sendiri.

Bajunya ditarik, digunakan untuk melap mukanya. Yoshi memisat mata. Jam loceng milik Aera dicapai, melirik waktu sekarang. Menganga jugalah Yoshi dibuatnya.

"Astaga, dah tengah hari?" Nyenyak betul tidurnya kali ini.

Aera mesti sedang menjalani kuliahnya sekarang. Yoshi pula langsung tidak terfikir mahu bergegas masuk kerja biarpun dia tahu yang dia ada kelas matematik yang perlu diajar dalam masa setengah jam lagi.

Memang gila kalau dia nak pergi mengajar dengan rupa sebegini. Kompem anak muridnya akan bantai gelak tengok mata tutor mereka yang seperti panda. Oh, Yoshi lagi rela kena marah dengan bosnya dari menanggung malu diketawakan budak sekolah rendah.

Dia perlu mengurus dirinya segera. Lama-lama diperhati dia ni macam zombi pun ada gak hm.

Tapi sebelum tu, kena bersihkan bilik Aera dulu. Maklumlah Yoshi kan uhuk laki mithali uhuk.

Eleh mithali kunun, yang nak tampar isteri sendiri semalam tu siapa Yosh uit.

Selimut sang isteri yang terjatuh ke lantai dicapai lalu dilipat kemas. Cadar katil ditegangkan, menghilangkan kedutannya. Dia keluar sebentar. Tak lama kemudian, Yoshi kembali bersama vakum di tangan.

Semasa sibuk memvakum lantai bilik Aera yang berhabuknya bukan main entah apalah kejadah bini dia ni, Yoshi sempat juga menggaru kepala.

Mana pergi segala barang mekap Aera atas meja ni? Takkan Aera angkut semua sekali ke kelas kot? Uish, melampau sangat tu kalau betul. Setahu Yoshi, tiada pula isterinya itu menunjukkan tanda-tanda ketagihan bermekap ke apa.

Kedengaran ringtone telefon Yoshi berbunyi nyaring merentasi bilik. Dia berlari-lari anak, mengambil telefonnya yang sedang dicas. Telefon dilekapkan ke telinga sebaik sahaja panggilan diangkat.

"Hello, Kyu? Ada apa?"

"Yosh, aku nak kau jujur dengan aku cepat. Jawab baik-baik."

Junkyu di hujung talian diam seketika.

"Mint choco atau strawberi, mana lagi sedap?"

Pertanyaan tersebut hampir membuatkan Yoshi hantuk kepala ke dinding. Dia menarik nafas dalam sebelum menjawab.

"Vanilla."

"Oh okey. Kak, aiskrim durian satu!"

Yoshi menggelengkan kepala dengan ulah Junkyu yang kuban-kuban. Dia mengatur langkah semula ke bilik Aera. Tugasnya memvakum disambung. Bagaimanapun, Junkyu dikekalkan dalam talian.

Alang-alang pulak mamat ni call.

"Weh, Junkyu. Nanti petang kau busy tak?"

"Adalah hal sikit-"

"Selain daripada melantak tak ingat dunia, kau busy tak?"

"Oh. Tak, asal?"

Dahi Yoshi berkerut melihat almari Aera yang terbuka luas. Vakum dimatikan.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now