B A B 20 🐯

173 34 28
                                    

Chan memandang lelaki di hadapannya ini, dari atas ke bawah, bawah ke atas. Sesekali, beg bagasi yang berada di samping lelaki itu dikerling. Terlepas keluhan dari mulut Chan.

"Tolong bagitau aku sebab kukuh kau nak menumpang kat sini, Yoshinori?"

Itu hari si Aera adiknya, kalini laki dia pulak mai. Diorang fikir rumah Chan ni homestay ke nak tumpang bagai?

Yoshi menemukan kedua belah tapak tangannya. Dia memasang muka seposen di depan abang iparnya itu.

"Please, Chan! Semalam je! Lagipun, Chaera kat rumah mentua kau kan? Esok lepas Yedam dah balik dari rumah mak ayah dia, aku pergi! Janji!" Bersungguh-sungguh dia merayu.

Chan membuat muka toya. "Taklah, rumah sendiri ada kenapa mesti menumpang? Si Rara halau kau ke?"

"Uhmm... Tak..."

"Ha, dahtu? Balik jelah, Yosh. Takdenya adik aku tu nak bunuh kau ke apa."

"Memanglah dia tak bunuh aku, masalahnya dia nak botakkan kepala aku tau tak!"

Melopong Chan mendengarnya.

"Permainan apa pulak hengkorang laki bini sampai nak botak kepala ni?!" Terpekik bapa orang itu kerana shock berat.

"Bukan permainan, bangang." Leher yang tidak gatal digaru. Yoshi mengemam bibirnya sebelum menyambung bicara. "Aera... Macam merajuk..."

Chan menjongketkan keningnya.

"Merajuk kenapa? Kau main kayu tiga ek?"

"Satgi aku wekangkan kerusi roda kau ni Chan, apa pun tak dapat. Cakap jangan main lepas. Aku setia tau?" Geram pula Yoshi dituduh melulu begitu.

Abang iparnya bagaimanapun cuma tersengih sumbing.

"Hehe, gurau je bro. Ha, bagitaulah. Adik aku merajuk kenapa?" soalnya lagi.

Yoshi mencebik.

"Kan aku tukar gaya rambut aku haritu. Niatnya nak trigger memori Aera, mana tahu dia ingat apa-apa ke."

"Menjadi tak?"

"Menjadi tu memang menjadi. Tapi yang jadi masalah sekarang ni, tiba-tiba banyak perempuan dok usha aku sebab rambut ni! Kau bayangkanlah, masa aku temankan Aera beli barang haritu, boleh pulak ada awek mengayat aku! Mana dia tak rasa nak botakkan kepala aku ni?" cerita Yoshi, penuh penghayatan.

Masih terasa ngerinya mengingatkan peristiwa pagi tadi semasa Yoshi baru bangun tidur, di mana tatapan pertamanya ialah Aera yang sedang memegang mesin pencukur rambut. Tampak begitu nekad mahu melicinkan kepala laki sendiri.

Seram nyah. Kerana itulah Yoshi merancang untuk melarikan diri ke rumah Chan buat sementara. Hayat rambutnya agak terancam dengan kehadiran Aera di sekitar.

Tawa Chan meletus. Punca pertama, sebab dia geli hati mendengar cerita sadis Yoshi. Kedua, gara-gara adiknya sendiri.

Aera merajuk apabila Yoshi, lelaki yang tidak mahu diakui suami itu, diganggu wanita lain?

Wah, perubahan yang menarik.

"Looks like she is jealous. Oh my, that's cute." kata Chan bersama gelak yang bersisa.

Dia menggerakkan kerusi rodanya, mendekati adik iparnya itu.

"Dia takde kelas kan harini?" tanyanya.

Yoshi pantas mengangguk, memberi jawapan positif.

Chan tersenyum nipis.

"Kau pergi baliklah, Yosh. Pujuk budak mengada tu. Jangan risau, aku yakin dia akan berhenti merajuk nanti." tuturnya.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now