B A B 23 🐯

194 34 82
                                    

Tsuki melompat-lompat kecil dalam perjalanannya ke kelas, penuh ceria seperti kebiasaannya. Sesekali, tangannya dilambaikan kepada mereka yang menyapa, siap dengan pakej senyuman manis bak arnab. Mulutnya bernyanyi riang.

"If I was you, I wanna be me too, I wanna be me too, I wanna be me too! Hiyaaa asik! Fuh, sedap gak suara aku ni eh. Patutnya aku jadi trainee je elok, manatau dapat debut. Femes gak aku ahaks!"

Dalam kesibukannya memasang angan-angan, mata Tsuki tertancap pada seseorang yang berjalan tidak jauh darinya. Senyumannya melebar. Dia berlari-lari anak ke sana, mendapatkan sang rakan. Sosok itu dipeluk, kemas.

"Aeraaa! Selamat pagi! Uwaaa, lamanya tak jumpa kauu!" pekiknya, betul-betul di sebelah telinga Aera.

Habis terperanjat Aera dibuatnya. Mujur saja dia tidak bertindak refleks, menyiku gadis itu sebagaimana yang selalu berlaku apabila Hyunsuk menerjahnya begitu. Kalau tidak, memang pagi-pagi lagi si Tsuki ni dah lepak kat klinik.

"Selamat pagi, Tsuki." balasnya, cukup seadanya. Tiada niat langsung mahu memarahi Tsuki. Maklumlah, sudah terbiasa.

Mereka berdua berjalan beriringan. Tsuki menyengetkan kepalanya menatap Aera.

"Hey girl, are you fine? Awal-awal pagi dah muram ni. Ada problem ek? Mehlah, cerita ngan aku. Aku boleh dengar." ujarnya.

Aera tersenyum lemah. Ah, Tsuki dan sikap prihatinnya.

"Ada masalah sikit sekarang. Tahlah. Aku pun malas."

Tsuki berfikir sejenak. Dia teringat sesuatu. Spontan, bahu Aera ditarik kuat. Sikit lagi Aera mengeluarkan kata-kata murni kerana terkejut lagi sekali.

"Eh, Aera. Kau dah kahwin kan sebenarnya?" soalnya, tidak lagi berbasa-basi.

Ternaik kening Aera mendengarnya.

"Tahu dari mana lak ni?"

"Ada sorang jantan ni nama Yoshi tegur aku kat pondok bas haritu, tanya pasal kau sebab kau lambat sangat nak keluar. Dialah yang gitau aku."

Di situ Aera mengerti bahawa dari sinilah punca utama Yoshi dapat tahu mengenai Asahi dan cincin itu. Kalau diikutkan, hanya Tsuki saja yang paling arif tentang dua hal tersebut.

Perlahan-lahan, Aera menganggukan kepalanya. Tsuki terus jadi teruja. Kedua bahu Aera digoncangkan.

"Fuyoo! Kawan aku dah kahwin siak! Siapa laki kau, siapa laki kau? Mesti Asahi tu, betul tak?" tekanya.

Aera mengeluh, berat.

"Tak, bukan dia."

"Ha? Jadi siapa?"

"Jantan nama Yoshi yang kau jumpa tu, ha itulah laki aku."

"Ehhh? Dahtu, Asahi tu macam mana?"

Mata dipejamkan sebentar. Aera tertunduk.

"Aku tipu kau, Tsuki. Maaf. Asahi... Dah lama meninggal." akui Aera.

"WADEFA–"

Lekas-lekas Aera menekup mulut Tsuki. Bola mata dijegilkan, melarang gadis Jepun itu dari berbuat bising. Sudahlah mereka sekarang berada di koridor. Buat naya jelah kalau orang tengok-tengok.

Tsuki mengalihkan tapak tangan Aera dari mulutnya. Raut wajahnya berubah serius.

"Aku tahu, masih banyak yang aku tertinggal. Now, tell me everything."

Tanpa ragu, Aera mulai membuka cerita. Dari permulaan di mana dia kehilangan ingatan dan enggan menerima Yoshi sehinggalah ke detik pergaduhan mereka berdua baru-baru ini. Segalanya dijelaskan kepada gadis itu. Tsuki mendengar dengan tekun sekali. Terlalu panjang kisah yang diceritakan, sampai mereka tak sedar mereka sudah tiba di kelas.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Kde žijí příběhy. Začni objevovat