B A B 16 🐯

168 38 42
                                    

"Aera... Sayang, bangun..."

Matanya dicelikkan perlahan-lahan. Wajah tenang Yoshi menjadi tatapan pertamanya. Aera segera bangkit dari pembaringan. Dia terpinga-pinga.

"Yosh? Kau buat apa dalam bilik aku?" soalnya seraya mencapai salah satu bantal, siap sedia untuk mengamuk sebaik sahaja menerima balasan dari lelaki itu.

Yoshi menjongketkan salah satu keningnya.

"What do you mean bilik Aera? It's my room."

Jawapan itu membuatkan Aera memandang sekelilingnya. Jelas sekali itu bukan bilik tidurnya, sebaliknya bilik Yoshi. Mata Aera terbuntang.

Dia tidur dalam bilik Yoshi?! 

"E-Eh? Macam mana..." Tika itu, memori semalam menerjah otaknya.

Ah, dia sepatutnya menemani Yoshi sehingga lelaki itu benar-benar terlena. Mungkin kerana dia sendiri penat, jadi tanpa sengaja dia juga ikut tertidur. Haih, bagaimanalah Aera boleh tidak sedar?

Yoshi hanya tersenyum nipis melihat isterinya yang sudah berkerut-kerut dahi. Dia menarik Aera agar duduk lebih dekat dengannya. Rambut Aera yang sedikit kusut dirapikan menggunakan jarinya.

"Nah, it's okay. Tak payah fikir sangat. Dah, sekarang ni Aera pergi mandi dan bersiap." arahnya.

Aera serta-merta menatap Yoshi. Kepalanya disengetkan.

"Bersiap? Nak pergi mana?" tanyanya.

Mustahil Yoshi nak hantar dia pergi kelas. Hari ini hari Jumaat, bermakna Aera bebas dari sebarang sesi pembelajaran.

Lelaki itu menunjukkan skrin telefonnya kepada Aera. Aera membaca apa yang tertera.

"Chan bagitau, mama jemput kita makan tengah hari kat sana harini. Dah lama tak jumpa kita katanya." terang Yoshi selepas sahaja Aera habis menghadam situasi semasa.

Isterinya itu cuma menganggukan kepala, mula memahami. Dia bangun, mahu keluar untuk menguruskan diri. Yoshi juga berdiri dan terus mengemas katilnya.

Baru beberapa tapak melangkah, Aera berpaling. Bulat matanya memandang Yoshi.

"Kejap! Kalau aku tidur kat sini malam tadi, maksudnya kita t-tidur sekatil?!" Terpekik gadis itu.

Yoshi tergelak. Dia menghampiri Aera. Anggukan menjadi balasan buat sang isteri, menambahkan shock yang sedia ada.

"Yup. Aera siap tidur berbantalkan lengan Yosh tau? Comel betul Aera masa tidur tadi. Ish, geram Yosh tengok!"

Aera mendengus.

"Ugh, pervert!"

Yoshi menggedikkan kedua bahunya.

"Hmm... Maybe you can say that. Can't resist myself to see how adorable you are while sleeping."

"Defa– Kau buat apa kat aku?!"

Tangannya disilangkan di dada, mata terjegil ke arah Yoshi. Aera rasa agak terancam. Apalagi bila Yoshi sudah tersenyum senget begitu.

"Apa-apa je yang seorang suami memang layak buat kat isteri dia. Aera faham kan?"

Seluruh muka Aera merona merah. Dia segera berlari keluar dari bilik Yoshi. Carutan khas sempat dihadiahkan kepada lelaki itu.

Yoshi pula sudah tertawa galak. Terhibur dengan reaksi malu isterinya.

Sejujurnya, dia langsung tidak melakukan apa-apa. Sebaik sahaja menyedari Aera tidur di sampingnya dengan menjadikan lengannya sebagai bantal, Yoshi hanya terus berbaring dan merenung wajah Aera. Menanti agar isterinya itu terjaga. Yoshi saja mahu mengusik Aera.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now