B A B 9 🐯

167 44 45
                                    

jantan jepun sesat
jangan lupa makan tau?

take care dear ^^

Aera mematikan telefonnya. Mesej Yoshinori dibiarkan tak berbalas. Kepalanya dihentakkan ke meja. Sikit pun tidak dihiraukan manusia-manusia yang sibuk ke hulu ke hilir di dalam perpustakaan ini.

Sudah seminggu sejak kejadian di rumah papa dan mama. Dan sepanjang minggu inilah, Aera rasa gundah-gulana.

Semestinya, gara-gara seorang pemuda bermarga Kanemoto.

Yoshi masih sama seperti sebelum ini. Tetap melayan Aera dengan baik, sering tersenyum, sentiasa ikutkan kemahuan Aera.

Kerana itu Aera jadi risau.

Lelaki itu bertingkah seolah-olah tiada apa pernah berlaku di antara mereka. Namun, setiap kali Aera menatap ke dalam anak matanya, Aera tahu.

Yoshi sebenarnya masih terluka. Cuma dia bijak. Pandai menyembunyikan rasa sakitnya dari sesiapa.

Sejujurnya, Aera rasa bersalah. Bicara lancangnya yang menyakiti Yoshi. Dia tak seharusnya berkata begitu sewenangnya. Tetapi egonya berkeras. Dia tak salah, Yoshi yang melukai diri sendiri. Siapa suruh dia curi dengar? Dia yang penyibuk sangat nak naik atas.

Gadis itu bingung mahu berbuat apa. Meminta maaf sekali lagi, ego pula menghalang. Nak dibiarkan saja, karang dia yang resah gelisah setiap hari bila tengok Yoshi.

Kusutlah macam ni.

Bam!

Nyaris Aera terloncat saat meja dihempas secara mengejut. Dia mengangkat kepala. Wajah arnab Tsuki menyapa mata. Seperti biasanya, rambut gadis itu diikat dua.

Tsuki tersenyum manis. "Hai, Aera! Mind if I sit here? Tempat lain dah penuhlah."

Aera membalas senyuman itu meskipun mulutnya gatal mahu mengungkapkan carutan kepada Tsuki kerana menyergahnya.

"Duduklah." pelawanya.

Tsuki mengambil tempat di sebelah Aera. Buku-buku serta laptop diletakkan elok di atas meja. Laptop segera dihidupkan.

"Eh, Ra. Kau dah siap ke assignment Sir Moon tu? Kau buat macam mana dho?" soal Tsuki tanpa memandang Aera.

Aera terpinga-pinga.

"Assignment Sir Moon? Yang mana?"

Tsuki menatapnya tidak percaya. Dia menghempas meja buat kali kedua, malah lebih kuat dari tadi. Aera hampir saja menerajang gadis itu gara-gara refleks. Orang ramai memusatkan perhatian kepada mereka.

"Shhh! Jangan bising!" Pengawas perpustakaan memberi amaran buat Tsuki.

Gadis itu bagaimanapun hanya tersengih sumbing seraya memohon maaf. Dia menoleh ke arah Aera semula.

"Beb! Seriuslah? Kau tanya yang mana?" Suaranya direndahkan, enggan dimarahi lagi.

"Uhh... Aku tak ingat pulak dia ada bagi kerja?"

Tsuki tepuk dahi.

"Duh! Kan dia ada bagi minggu lepas. Dia suruh kita buat presentation tentang topik haritu. Takkan tak ingat?"

Aera seakan tersedar. Dia ikut menepuk dahi.

"Aku belum buat apa-apa lagilah weh! Aish, sumpah aku terlupa! Habislah aku!" Tak pasal-pasal Aera gelabah.

Gadis di sebelahnya diam merenung Aera. Dia menolak laptop ke tepi. Kerusinya ditarik menghampiri Aera.

"Aera, kau okey ke?" Riak wajahnya terlihat risau.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now