B A B 28 🐯

94 17 38
                                    

Kedua tangan dicekak di pinggang. Penyapu setia dikepit di celah ketiak.

"Kau rasa yang camni elok kita buat apa ye? Rodok guna penyapu nak?"

Mashiho berpeluk tubuh di samping Yedam.

"Rasanya tak cukup, hyung. Baik kita bawak gi jumpa bomoh, gayanya macam tinggal dua kali Jumaat je lagi ni."

"Ha itulah tu. Kena sampuk setan kot. Mashi, kau gi ambik air kat belakang sat."

Lelaki Jepun bertubuh mungil itu hilang sebentar sebelum kembali bersama semangkuk air paip. Yedam segera mengambilnya. Selepas merendamkan tangannya dua tiga saat, air yang ada terus direnjis-renjiskan secara brutal ke muka Yoshi yang tersengih macam kerang busuk di hadapan mereka.

"WUSH MAMBANG TANAH HAI MAMBANG LAUT, KU SERU DIKAU KELUAR DARI TUBUH RIMAU INI! WUSHH!"

"Eh eh, woii! Apa kejadahnya dok main air kat muka aku ni?! Fikir water park ke?!" teriak Yoshi, terkejut. Habis pecah lamunannya.

Yedam berhenti melakukan 'ritual'nya.

"Lah, waras masih ke? Aku fikir dah dirasuk jin ke apa tadi. Kau tu aku nak tanya, apa kejadahnya dok datang tempat kerja orang, tak pesan apa-apa tau tau tercongok depan kitorang sengih-sengih nak dekat setengah jam gini? Kalau kau pasang gigi emas ke apa takpela, ada jugak nak ditengoknya. Apahal, gila eh?" Dia terus menyembur tanpa belas.

Yoshi mengelipkan matanya. Kemudian, dia kembali tersenyum senget. Siap bertongkat dagu lagi di kaunter itu.

"Hehehehe..."

"HA TENGOK TU AKU TANYA BUKAN NAK JAWAB SAMBUNG MENGELAMUN LAK DIA HAIH STRESS AKU GINI!"

Nyaris saja Yedam bekpelip gara-gara tekanan melampau. Mashiho menggaru sisi kepalanya.

"Yoshi hyung macam ni sebab Aera noona ke?" soalnya, menduga.

Makin melebar senyuman Yoshi.

"HEHEHEHE–"

"Hm ini memang sah kena sampuk setan, setan angau!"

"Dahlah gi mampus hang sana, ha ye kak nak apa kak? Oh nak kopi tarik tornado ye? Okey on the way kak."

"Tapi saya tak pesan apa lagi–"

"Shh, let it be kak. Let it be."

Yoshi terpaksa beranjak ke tepi apabila melihat barisan pelanggan di belakangnya semakin ramai. Dia memilih untuk duduk di salah sebuah meja berhampiran kaunter memandangkan Mashiho dan Yedam juga sudah enggan melayannya. Nanti sajala dia memesan, dia bukannya ada kelas awal ini pun.

Ting! Ting!

Dentingan daripada telefonnya membuatkan Yoshi lekas-lekas membuka mesej yang diterima. Seperti yang diagak, itu mesej daripada isterinya.

my wife <3
harini aera balik lewat sikit tau, dalam pukul 3 petang gitu.

kerja elok-elok yosh! fighting!

love you.

Hanya tiga baris mesej yang ringkas, namun berjaya membuatkan Yoshi tak keruan. Pipinya terasa panas sedikit. Tak pudar langsung senyuman di wajahnya. Tanpa jeda, dia menaipkan mesej balas. Sudah tentu, ucapan sayang daripada Aera dibalas dengan penuh teruja.

Oh, semuanya terasa sempurna. Pagi ini, dia dan Aera bangun dari katil yang sama, menikmati sarapan bersama dan bersiap untuk ke destinasi masing-masing bersama. Mereka berbual mesra dan bergelak ketawa. Ya, seperti yang Yoshi sentiasa idamkan daripada perkahwinan ini.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now