B A B 25 🐯

320 37 46
                                    

"Wait... So you are telling me, dah lama adik aku tak balik ke rumah? Biar betul, Taehyun?"

Taehyun mengeluh. Terasa agak berat untuk menyampaikan berita ini kepada Chan.

"Aku tak pasti sangat sebenarnya, tapi dari apa yang aku perhati, maybe yes. Mula-mula bolehlah aku positif lagi, mana tau Aera tidur rumah kawan dia ke apa kan. Masalahnya, dah berhari pun tak nampak langsung bayang dia weh! Info tambahan, aku perasan Yoshi macam agak serabut kebelakangan ni. Dia nampak... Tak terurus."

Jeda sebentar. Memberi ruang kepada Chan untuk menghadam.

" Jadi konklusi yang aku boleh buat, diorang dua ada masalah dan aku tak rasa ini masalah biasa. Ini hal besar, Chan. "

Kedengaran lelaki itu menghela nafas. Taehyun boleh terbayang Chan buat muka kusut dia tu.

"Astaga... Apa lagilah ni? I thought dorang dah berbaik weh. Ya Tuhan..."

Teh yang masih berbaki di dalam gelas diteguk sehingga licin. Taehyun berdecit apabila Kitty bergelut di kakinya.

"Aku tak tahu, Chan. Ini hal peribadi diorang, takkan sampai ke pengetahuan aku. Umm... Aera takde bagitau kau apa-apa ke?" Dia cuba mengorek.

"Tak ada langsung. Chat aku send kat dia haritu pun dia tak reply lagi tau!"

Ha, abang kembar sendiri pun tak tahu menahu. Taehyun pasti sangat, hubungan pasangan di rumah sebelah ini sedang dilanda badai besar.

"How about your brother-in-law? Takde mengadu or something?"

"Huh, Yoshi? Nak mengadu kat aku? Tunggu sampai Yedam dah tak single pun memang takdelah! Kau macam tak kenal si rimau tu, kuat pendam semacam."

"Ye tak ye kan."

Taehyun melangkah ke arah tingkap. Dibiarkan saja Chan mengomel entah apa. Langsirnya diselak sedikit. Dia menjenguk ke rumah Yoshi dan Aera. Kereta Yoshi tiada terparkir di tempatnya. Kerjalah tu.

Matanya tajam memerhatikan sekeliling rumah itu. Entahlah, semenjak dua menjak ini dia asyik terlihat orang yang sama dari tempoh hari berdiri di laman rumah mereka berdua. Lagi-lagi apabila Yoshi keluar berkerja begini, waktu-waktu orang tiada di rumah. Tidak kira siang atau malam, makin kerap pula dia muncul.

Nak kata penyamun, tak jugak. Tiada pula Taehyun tengok orang itu cuba memecah masuk. Dia hanya tercegat di situ selama beberapa jam sebelum menghilang tanpa jejak. Kerana itu Taehyun melabelnya unknown stalker.

Taehyun pula hanya memerhatikan perlakuan anehnya itu dari rumah sendiri. Bukannya dia tidak mahu mengambil tindakan, cuma dia tidak pasti identiti sosok tersebut. Dibuatnya orang berbahaya, tak ke naya Taehyun gi serbu tu?

Jadi, adalah lebih baik jika dia menyiasat dahulu si stalker ini. Selepas dia sudah berjaya mengumpul maklumat, baru dia akan beritahu Chan dan Hyunsuk. Malas Taehyun nak bagitau awal-awal. Tengok sajalah, mendengar adiknya tak balik rumah pun Chan dah bising. Apa lagi kalau mengetahui tentang perihal satu ini.

"Woi, kau dengar tak ni? Halamak, kau termenung ke apa?"

Taehyun tersentak dari lamunan. Kawasan diperiksa buat kali terakhir.

Clear. Stalker itu tiada hari ini.

"Ha ye ye, sorry. Kau cakap apa tadi?"

"Tch, abaikan jelah. Oh by the way, kau ada kata yang Yoshi nampak tak terurus kan? Dia macam mana sekarang ni? Okey ke tak adik ipar aku?"

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now