B A B 26 🐯

303 29 26
                                    

"Kau yakin ke ini betul?"

"100% pasti. Come on lah, ini zaman moden. Kita kena tahu cara hidup yang maju."

Suara orang berborak menerjah deria pendengarannya. Terasa seperti sesuatu yang dingin ditekapkan pada dahinya, memaksa Yoshi mencelikkan mata. Pada mulanya, pandangannya sedikit kabur membuatkan Yoshi mengerang kecil.

Lama-kelamaan, segalanya bertukar jelas. Dia menoleh ke sisi. Di saat itu juga mulutnya melepaskan semua jenis carutan yang diketahuinya.

"EH KIMAK, APAHAL KORANG BERDUA DOK GESEK-GESEK BONTOT CEREK KAT MUKA AKU NI BANGSAT?!"

Habis terperanjat Hyunsuk dan Taehyun apabila menyedari Yoshi sudah terjaga. Taehyun, si pelaku utama yang memegang cerek besi itu segera mencampakkannya ke dinding. Jari telunjuk diacungkan kepada Hyunsuk.

"Dia, dia! Ini idea Hyunsuk! Dia yang hasut aku buat camni kat kau!" Laju saja  dia menuduh.

Hyunsuk mencerlungkan matanya. Pengkhianatan apakah?

"Apa pulak aku?! Hello, kau yang memandai kata badan Yoshi tu panas sangat siap boleh masak air kan?! Kau yang ajak aku buat uji kaji tadi!"

"TAK TAK INI SEMUA DUSTA YOSH! JANGAN DENGAR CAKAP BABI NI! KAU MACAM TAK TAU DIA NI KEKADANG PERANGAI SERUPA DILAHIRKAN TANPA OTAK!"

"AMBOI, SESEDAP PERENCAH MEGI JE KAU NAK FITNAH AKU BAGAI! EH INGAT SIKIT JASA AKU KAT KAU TU! KALAU BUKAN SEBAB AKU, TAKDE MAKNA KAU NAK ADA AWEK TAU?!"

"HALAMAK MENGUNGKIT LAK DIA, NAMPAK SANGAT TAK IKHLAS!"

"KAU FIKIR AKU TAK BOLEH BUAT KORANG PUTUS KE?! NAK CUBA?!"

"WEH JANGANLAH GITU SUK–"

Yoshi malas mahu ikut campur dalam pertengkaran kedua ipar itu. Dia lebih memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Hyunsuk. Leher, pipi, serta dahinya sendiri diraba.

"Panasnya... Aku demam ke?"

Pintu bilik Yoshi terbuka dari luar. Kelihatan Aera sedang tercegat di situ, menatang dulang sambil mengerutkan dahi menyaksikan Taehyun dan Hyunsuk nyaris melakukan aksi maut iaitu membuang sesama sendiri ke luar tingkap. Cerek tadi dicapai. Beruk dua ekor itu dihampiri.

Dengan konfidennya, cerek tersebut diketukkan ke kepala mereka. Keduanya mengaduh serentak.

"Syaiton, sakitlah!" marah Hyunsuk.

"Dahtu siapa suruh korang memekak dalam bilik laki aku? Aku suruh korang lapkan badan dia guna tuala basah, yang korang pergi buat eksperimen bodoh kat dia apahal?" gertak Aera semula.

"Salahkanlah jiran kau ni! Dia yang bijak sangat, pastu nak tuduh orang lak!"

Taehyun menjuihkan bibir.

"Alah, sekali sekala membangang. Fikir tak penat ke nak acah pandai je? Aku pun teringin gak nak jadi tukang kasi idea kat Kraf 5 Minit."

"Aku taknak dengar alasan."

Cerek dihentakkan ke perut Taehyun. Hasilnya, terbaring lelaki itu di atas lantai menahan senak. Aera melangkah ke arah Yoshi, mengambil tempat di sampingnya. Dulang berisi semangkuk bubur dan segelas air diletakkan di atas katil.

Rambut kelabu Yoshi disibak ke belakang. Aera mengusap pipi lelaki itu, lembut.

"Makin panas pulak badan kau ni. Takpelah, lepasni aku tampalkan KoolFever. Dah ni meh makan dulu– E-Eh?"

Aera terpinga-pinga apabila Yoshi tiba-tiba mendakapnya, erat. Mukanya disembamkan di bahu Aera. Tubuh lelaki itu terhinjut-hinjut, esakan kecil kedengaran.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now