B A B 2 🐯

268 49 142
                                    

Keluhan terlepas dari celah bibir buat kesekian kalinya. Matanya dipejamkan erat. Dia sedaya upaya menenangkan resah yang kian bertandang di hati. Mindanya serabut, segala jenis fikiran negatif datang menyinggah.

Seseorang menepuk bahu Yoshi, membuatkan lelaki itu berpaling. Pandangannya bertembung dengan Hyunsuk.

"Sabar, Yosh. Aku yakin Aera akan selamat." pujuknya.

Mata Yoshi mulai berair.

"Isteri aku, Suk... Aku taknak dia tinggalkan aku... Isteri aku..."

"Kita doakan yang baik-baik je untuk dia ye?"

Sungguh, Hyunsuk benar-benar kesian melihat keadaan Yoshi. Lelaki itu masih lengkap memakai sut perkahwinannya. Namun, tidak lagi sekemas tadi. Dia terlihat serabai. Pastinya terlalu bimbang akan Aera.

Yoshi meraup muka sendiri. Dia tidak kuat.

Mereka baru saja berkahwin beberapa jam yang lepas. Semua ini terlalu tiba-tiba. Kebahagiaan yang hadir direntap dengan kejam. Hari gembira bertukar tragedi.

Mengapa mesti ini yang berlaku kepada mereka? Kenapa dia tidak boleh berbahagia tanpa apa-apa derita lagi? Kenapa harus isterinya yang menjadi mangsa?

Tuhan, banyak sangatkah dosa Yoshi sampaikan dia tidak layak menerima takdir yang lebih baik?

Sekarang, kesemua mereka sedang berada di hospital. Menanti doktor yang merawat untuk memaklumkan mengenai situasi Aera dan Chan.

Jelas terlihat kerisauan di wajah ibu bapa si kembar itu. Manakan tidak, kedua-dua anak mereka ditimpa kecelakaan. Bohong sekali jika mereka tidak risau.

Chaera yang sepatutnya duduk di rumah turut menghadirkan diri. Sejak tadi dia tidak berhenti menangis sambil ditenangkan oleh Choi. Perutnya yang memboyot diusap penuh sayu. Nama Chan terus meniti di bibirnya.

Mereka semua dibelenggu satu perasaan yang sama.

Rasa takut.

"Maaf, siapa di sini waris Lee Chan dan Lee Aera?"

Semua mata tertumpu kepada lelaki berkot putih yang menghampiri mereka. Pantas, ibu bapa si kembar berdiri. Yoshi dan Chaera melangkah mendekat.

"Kami mama papa mereka, doktor." akui mama Aera dan Chan.

"Macam mana dengan anak-anak kami?" tanya si ayah pula.

Doktor itu diam seketika. Dia menghela nafas berat.

"Selepas kami periksa, kami dapati yang badan anak lelaki encik tersepit untuk masa yang agak lama, yang mendorong kepada kerosakan saraf separuh badannya. "

"M-Maksud doktor?"

"Anak lelaki encik disahkan lumpuh separuh badan. Dan berkemungkinan besar dia takkan dapat berjalan lagi seumur hidup dia."

"Ya Tuhan!"

Chaera terjelepok jatuh. Mujur Choi sempat menyambutnya. Mama mulai teresak. Papa tergamam, tidak mampu berkata apa.

Yoshi menelan liur yang terasa kesat. Bibirnya bergetar saat dia membuka mulut.

"A-Aera pulak macam mana, doktor?"

"Dia masih dalam keadaan tak sedarkan diri. Kami tak boleh pastikan bila dia akan bangun. Apa yang kita boleh lakukan cuma menunggu."

Doktor itu memandang papa semula.

"Saya harap encik sekeluarga bersabar ya? Saya pergi dulu."

Si doktor beredar, meninggalkan mereka semua yang masih terkejut. Suasana bertukar sunyi. Masing-masing diam, terkelu lidah. Hanya esakan Chaera dan mama yang kedengaran.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now