B A B 7 🐯

166 38 50
                                    

Taehyun menjengukkan kepalanya tika mendengar keriuhan rumah sebelah. Tangannya tetap saja berkerja menyidai pakaian-pakaian basah. Apa yang ditontonnya tak ubah seperti sebuah drama. Dia mendesis melihat Yoshi ditolak-tolak, seakan dia turut merasakan sakitnya.

Pandangannya langsung tidak teralih sehinggalah Yoshi memandu pergi, tidak tahu ke mana. Dia menggaru leher.

"Kena halau ngan bini ke tu? Dah apahal pulak? Yoshi buat hal ke?" Taehyun berandaian sendiri.

Sudahnya, dia malas lagi mahu berfikir dan terus mengeluarkan telefon pintarnya. Dia melaporkan apa yang disaksikan sebentar tadi di dalam group mereka, sepertimana yang dilakukannya sejak empat hari menjalankan 'misi'. Tiada balasan dari dua ketul beruk itu. Mungkin keduanya sibuk.

Telefon disimpan semula selepas selesai dengan urusannya. Bakul baju yang sudah kosong dibiarkan. Taehyun tunduk ke bawah, memandang si kecil yang sedang seronok bermain seorang. Bibirnya menyinggung senyuman. Kucing putih itu segera digendong.

Taehyun mengeluh.

"Kesian kan Yoshi tu, Kitty? Ada isteri, tapi isteri tu bencikan dia dan lebih pilih lelaki yang dah tak ada." tuturnya.

Dia mengusik-ngusik hidung Kitty, membuatkan si kecil mengigit manja hujung jarinya. Untung tidak menyakitkan.

"Aku tak fahamlah. Sehebat tu ke perasaan cinta? Sampai Aera langsung tak boleh lupakan Asahi walaupun dia hilang ingatan, sampai Yoshi sanggup bertahan dengan orang yang taknak kat dia. Diorang macam orang gila, hanya sebab cinta. Itu ke bahananya bercinta? Buat kita jadi gila?"

Taehyun berfikir panjang.

"Agak-agak kan... Kalau aku cintakan seseorang nanti, aku akan jadi gila jugak ke?" soalnya.

Kitty mengiau seperti menjawab. Tidak tahulah apa dikatanya tu, Taehyun tak belajar bahasa kucing semasa di universiti.

Lelaki itu akhirnya menggeleng-geleng.

"Taehyun, Taehyun. Sedar sikit diri tu single. Bukannya ada awek. Nak berbahas pasal cinta konon."

Dia memasukkan Kitty ke dalam bakul baju yang sudah kosong. Bakul itu diangkat, lalu mereka sama-sama mengatur langkah masuk ke dalam rumah.

🖤🐯🖤🐯🖤

Yoshi pulang ke rumah pada keesokan harinya. Dia datang seawal pagi, bimbang jika Aera tiada pengangkutan mahu ke universiti nanti. Rose dan Junkyu mungkin tak mampu nak datang mengambil gadis itu awal-awal begini. Jarak rumah mereka bukannya dekat mana.

Dia membuka dan menutup pintu rumah penuh berhati-hati. Dia berpaling ke belakang lantas terpinga-pinga saat bertemu mata dengan isterinya.

Aera menjongket sebelah kening.

"Apahal kau masuk rumah macam pencuri ni?"

Yoshi mengemam bibirnya.

"I thought you were still sleeping. Yosh taknaklah kacau Aera tidur."

"Tolonglah, aku bukannya jenis yang matahari dah tegak atas kepala baru nak bangun. Lagipun, aku takkan terjaga kalau kau masuk rumah. Bilik aku kat atas, bukan kat bawah."

Aera duduk di atas sofa. Televisyen dihidupkan. Milo panas yang baru dibancuh dicicip sedikit. Yoshi mengerutkan dahi ketika menyedari Aera masih berpakaian tidur.

"Aera taknak bersiap ke?" tanyanya.

Aera menoleh ke arahnya. "Bersiap ke mana?"

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu