B A B 17 🐯

168 38 33
                                    

Dia terus menguap besar sebaik sahaja pensyarah yang mengajar sebentar tadi keluar. Aera menyembamkan mukanya ke atas meja. Tidak lagi kisah dengan suasana sekelilingnya.

Penat sungguh Aera menanggung kantuknya sepanjang pembelajaran tadi. Entah apalah yang membosankan sangat dengan pensyarahnya tu. Baru tengok muka dia masuk pun kelopak mata Aera dah berat semacam.

Rose di sebelahnya menggelengkan kepala. Barangannya dikemaskan. Kepala Aera diusap perlahan.

"Lepasni dah takde kelas lagi kan? Bila kau nak berambus nyah?" soalnya.

"Kalau kau nak gerak, pergilah dulu. Aku nak tidur kejap. Kasi aku 5 minit."

"Lemek kau 5 minit konon. Tahu-tahu 5 pagi esok baru kau jaga. Tolonglah, aku dah kenal kau dari sekolah menengah tahu? Macam aku tak masak dengan perangai kau ni."

Aera cuma menggedikkan bahunya tanpa mengangkat muka. Rose mengerling jam di pergelangan tangan. Yang lain sudah lama beransur-ansur keluar. Dia segera mencapai begnya.

"Aku balik dululah, Ra. Ada hal sikit kat rumah. Kau jangan tidur tak ingat dunia pulak? Kena kunci karang ha mau meraung kau sensorang kat sini." pesan Rose, MyPrihatin.

"Yee, aku tahulah. Leklok, Rose."

"Kau pun. Jumpa esok!"

Kedengaran derap langkah Rose pergi meninggalkannya. Aera menarik nafas dalam seraya memejamkan matanya. Perlahan-lahan, dia mulai diulit mimpi tanpa dia sendiri sedari.

🖤🐯🖤🐯🖤

"Weh, aku nervouslah!"

Aera tidak senang duduk. Kejap berdiri, kejap berjalan mundar-mandir. Debaran di dadanya kian menggila. Dia gagal menenangkan diri.

Chan tertawa melihat ulah adik kembarnya. Aera ditarik agar duduk semula. Dia mengemaskan veil kepala yang dipakai gadis itu.

"Hei, calm down! Jangan gelabah sangat! Rara, ini perkahwinan kau! Kau rilekslah sikit!" tuturnya.

"Sebab ini perkahwinan akulah, aku gelabah! Macam mana kalau aku buat silap? Macam mana kalau aku terpelecok karang? Macam mana kalau gaun aku terkoyak? Macam mana–"

"Okey cukup cukup."

Chan lekas-lekas menghentikan Aera sebelum adiknya itu melalut dengan lebih banyak. Kedua tangan Aera diraih lalu digenggam erat.

"Kau tak payah fikir banyaklah. Aku berani jamin, harini akan jadi hari terbaik kau! Kau just kena confident je. Tak payah nak nervous bagai. Kalau ada apa-apa pun, aku ada. Aku tolong kau. Okey?" pujuk Chan.

Aera menghela nafas seraya mengangguk. Chan merangkul adiknya itu ke dalam pelukan.

"Tak sangka, adik kesayangan aku dah nak kahwin harini. Berat pulak hati aku ni nak lepaskan kau kat jantan lain."

Kata-katanya itu berjaya mengundang gelak si adik.

"Kau tak percaya ke Yoshi boleh jaga aku baik-baik?" duga Aera.

"Percaya. Aku percaya sangat kat Yoshi tu. Kalau kau tetiba hilang ingatan pun, mesti dia akan terus ada untuk kau."

"Mengarut je."

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now