B A B 29 🐯

95 16 57
                                    

"APA MAKSUD KAU NAK KAHWIN HUJUNG BULAN NI-"

Sungguh, kalau bukan kerana dia lumpuh separuh badan, memang Chan dah joget kuda kepang rasanya. Berita yang disampaikan rakannya itu amat mengejutkan.

Memanglah dia tahu si Taehyun ni baru dapat awek, yang takde ribut takde taufan kata nak kahwin ni apahal?

Hyunsuk yang sedang elok melantak kek keju pun hampir terludah ke muka Taehyun. Nasib Taehyun sudah bersedia dengan pinggan sebagai perisai.

Taehyun menggosok belakang lehernya.

"Aku cakap betul ni, tak main-main. Hujung bulan ni, aku dah putuskan aku akan kahwin dengan Dami." tegasnya.

Chan mengusap dada sendiri. Aduh, lemah jantung dia mendengarnya. Tanjat boboi.

"Kenapa tiba-tiba ni? Kau ada buat apa-apa ke kat dia?" soal Chan, mulai serius.

"Heish, bukanlah! Fikir aku ni hidup berpaksikan nafsu kuda ke? Aku ada akal, Lee Chan."

Sakit pula hati Taehyun dituduh buruk-buruk. Ingat ini drama ke asal kahwin tiba-tiba sebab pompuan tu mengandung? Tolonglah, dia takkan pernah sampai hati memperlakukan Dami begitu.

Hyunsuk beralih posisi, kini duduk di sebelah Taehyun. Topik yang dibincangkan ini terasa berat. Perlu duduk dekat-dekat.

"Persiapannya macam mana? Kau dah sediakan? Mak ayah korang? Dami nya setuju ke tak kau nak kahwin awal ni? Memang dah fikir masak-masak?" Bertalu-talu soalan diberikannya.

"Yes, aku dah fikirkan sebaiknya. Dami memang dah setuju, sebab tu aku berani macam ni. Mak ayah aku awal-awal dah bagi green light. Mak dia belakang tabir aku bereskan. Tentang persiapan tu, antara punca kenapa aku nak jumpa korang harini." Satu nafas, Taehyun menjawab.

"What is it? Nak guna duit ke? Aku boleh pinjamkan dulu." ujar Chan, bermurah hati. Dia langsung tidak kisah untuk membantu.

Taehyun menarik nafas, dalam.

"Tak, bukan macam tu. Aku masih boleh tanggung, jangan risau. Cuma... Aku rasa aku tak boleh nak tengokkan sangat Aera dengan Yoshi buat masa ni. Persiapan perkahwinan tu perlukan banyak masa dan tenaga aku. Well, I need to focus more on my future. Jadi, aku mintak maaf."

Bahu Taehyun ditepuk. Hyunsuk tertawa.

"Lah, tu je ke? Tak apalah bro, kitorang fahamlah. Kitorang pun dah kahwin gak, pernah merasa. Buat je apa yang patut. Lagipun, kau tak payah risau diorang berdua tu. Aera dah ingat memori dia, not fully but still, they were in the best condition. Takdenya nak bergaduh lagi." katanya.

"Aku tak risaukan diorang bergaduh, Suk. Aku pun tahu keadaan diorang. It's just..." Ayatnya tergantung. Tidak tahu mahu meneruskan bagaimana.

"The stalker?"

Chan kini menjadi tumpuan. Tekaannya tepat. Taehyun mengangguk.

"Yup. Sebenarnya, aku risau kalau stalker tu akan bertindak lebih jauh bila aku mula lalai nanti. Matlamat dia masih belum jelas. Kita tak boleh pastikan motif dia. That's why dia agak berbahaya sekarang." jelas Taehyun lagi.

Dagunya ditongkat menggunakan tangan. Chan ikut sama berfikir.

"Ada betul jugak tu. Hmm... Takpe, aku dengan Hyunsuk akan cuba cari solusinya. Kau jangan kusutkan fikiran, fokus je dekat perkahwinan kau orait?"

Taehyun tersenyum nipis. Terasa ringan sikit bebanannya.

"Thanks, dude."

"Ehh, jap jap. Stalker apa benda ni? Nyah, asal aku tak tahu apa-apa?"

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now