B A B 14 🐯

190 43 24
                                    

"Yoshi, terima kasih."

Yoshi berpaling menghadap Aera.

"For?"

"Tolong siapkan assignment aku semalam. Sumpah, aku hargai sangat."

Yoshi terkekeh.

"Sama-sama. Alah, bukannya susah sangat pun. Sekali sekala apa salahnya." katanya lagi sebelum kembali memeriksa keretanya.

Periksa bukan sebab apa. Tadi si Junkyu melintas boleh pulak dengan tak rasa bersalahnya dia pergi lontar batu kat kereta Yoshi. Kalau batu kecik takpe beb, ini batu yang sebesar penumbuk tu jugak yang dia baling. Risau Yoshi kereta kesayangannya ini cedera.

Sesudah pasti buah hati keduanya itu tidak apa-apa, Yoshi kembali bangun tegak. Dia menjongketkan kening saat menyedari Aera masih di sini.

"Kenapa tak pergi lagi? Nanti lewat masuk kelaslah. Atau Aera ada tertinggal apa-apa?" Yoshi menjenguk ke dalam kereta. Tak ada pula barang Aera yang terlupa dibawa sekali.

Aera mengemam bibirnya. Fail dipeluk rapat ke dada. Dia menarik nafas dalam.

"Nanti... Kita lunch sama-sama kat luar nak?"

Pertanyaan itu berjaya membuatkan Yoshi tersedak air liur sendiri.

Dah apa angin isteri dia ni? Tiba-tiba baik nak ajak makan sama. Fenomena janggal sungguh.

Gadis itu berdehem kecil melihat reaksi terkejut Yoshi.

"Uhm, aku saja nak belanja kau. Tanda terima kasih sebab tolong aku. Well, its okay kalau kau taknak. Aku tak kisah pun."

"Eh, siapa kata Yosh taknak? Okey, nanti lepas Aera habis kelas Yosh terus ambik ye!" Pantas, Yoshi memintas.

Aera tersengih. Heh, sukalah tu.

"Sure."

Sekumpulan gadis melintas di sebelah Yoshi dan Aera. Mereka mulai berbisik sesama mereka. Yang menyakitkan hati, bisik tak serupa bisik. Kuatnya itu seperti sengaja mahu kasi dengar.

"Ini bukan ke budak yang kena marah dengan Puan Noh kelmarin tu? Berani betul dia datang harini."

"Iye dho, kalau aku dah malu nak tunjuk muka. Rela tak hadir kelas seminggu. Dia ni pakai bedak berapa inci? Tebal betul muka, macam tembok batu!"

"Kelakar siot dia kena marah tu! Terkial-kial nyah nak menjawab dengan pensyarah mana assignment dia."

"Kenapalah kita tak rakam semalam... Kalau tak, mesti boleh viral!"

Mereka tertawa mengejek. Aera menundukkan kepalanya. Terasa dirinya direndah-rendahkan. Air matanya jatuh setitis.

Yoshi turut mendengar semua itu. Dia memandang isterinya. Tangan gadis itu diraih lalu digenggam.

"Hei, Aera. Nak dengar teka-teki?"

Aera mengangkat kepalanya.

"Apa dia?" Biarpun sedih, dia masih ingin tahu.

"Kenapa biri-biri jalan perlahan?"

"Sebab dia lembab?"

"Salah!"

"Dahtu?"

"Sebab kalau dia jalan laju, dia bukan biri-biri dah. Dia jadi buru-buru."

Aera termangu, tidak menyangka jawapannya. Tak lama kemudian, dia tertawa terbahak-bahak. Rasa sedihnya hilang begitu saja.

"Weh... Hahahaha! Mana siot kau kaut teka-teki ni? Bodoh betullah, hahahaha!"

Yoshi tersenyum, senang kerana mampu mengembalikan keceriaan Aera. Dia mengusap pundak kepala isterinya.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now