B A B 22 🐯

172 36 124
                                    

Satu kucupan dihadiahkan pada pipi Taehyun. Choi memeluk tubuh abangnya itu sekilas.

"Thanks tau hantarkan Choi balik! Maaf jugak kalau menyusahkan abang, Hyunsuk tu haa tiba-tiba je ada hal tak boleh nak ambik Choi dari kerja." ucapnya, sedikit serba salah. Yelah jarak rumah mereka bukannya dekat.

Taehyun tersenyum nipis. Rambut sang adik dikusutkan.

"Apa pulak kata gitu? Tak apalah. Mana ada menyusahkan abang. Awak tu adik abang, mestilah abang kena tolong kan?"

Beg tangan Choi yang diletakkan di tempat duduk belakang diraih lalu diserahkan kepada pemiliknya. Taehyun segera membuka tali pinggang gadis itu sebelum sempat dia sendiri berbuat sedemikian. Kebiasaan Taehyun sejak kecil, memanjakan adiknya bagaikan seorang puteri.

Dia memberi perhatian kepada telefonnya sambil menanti Choi keluar. Beberapa minit berlalu, masih tiada ucapan selamat tinggal dari adiknya atau bunyi pintu kereta dibuka. Taehyun menoleh bersama riak muka pelik.

"Aik? Tak keluar lagi? Choi tunggu apa?" Kepala dijengukkan ke luar tingkap. Tak pula hujan ke apa. Elok je matahari bersinar kat atas tu.

Choi memandang abangnya tanpa lepas.

"Abang okey ke?"

Soalan itu membuatkan Taehyun tergelak perlahan.

"Abang okey jelah. Kenapa? Muka abang nampak macam sakit ek? Alah, biasalah. Penat buat kerjalah ni–"

"Tak, bukan sakit. Abang nampak macam... Ada masalah je ni."

Tekaan Choi membuatkan dia terkedu. Taehyun menghela nafas. Dia hanya bersandar pada kepala kerusi. Tidak mengiyakan mahupun menafikan apa-apa dari dugaan sang adik. Jika dia berbohong pun, tiada guna. Choi sudah mengenalinya terlalu lama untuk mengesan sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Yakin yang tekaannya tepat, Choi turut mengeluh juga. Dia menangkup kedua belah pipi abangnya, memaksa lelaki itu menatapnya.

"Abang ni, ada masalah ceritalah kat Choi. Apa fungsi Choi ni jadi adik abang kalau bukan untuk jadi tempat meluah abang? Abang tu dahlah single, takde girlfriend nak mengadu." hinanya.

Sekali lagi, Taehyun memaki Hyunsuk dalam hati kerana dia yakin si bangsat itu yang mengajar adiknya berperangai seperti khinzir begini. Antara sebab dia menentang hubungan mereka awal-awal dahulu ; bimbang Choi yang polos terikut ulah terkutuk Hyunsuk itu. Tapi nak buat macam mana kan, dah terkahwin dah pun hm.

Tangan Choi ditepis lembut. Taehyun cuma mengekalkan senyuman yang lemah.

"Jangan risaulah. Abang tahu nak buat apa. Pandai-pandailah abang selesaikan nanti." ujarnya. Tampaknya enggan menceritakan apa-apa kepada Choi.

Choi pula tak mahu mendesak abangnya itu untuk memberitahunya. Taehyun keras kepala orangnya. Kalau dia sudah memutuskan untuk mendiamkan masalahnya, memang tiada makna lagi baginya meminta-minta.

"Okay then, if you say so. Choi masuk rumah dululah. Babai! Oh ya, satu lagi..."

Pintu kereta dibuka. Kaki kanan sudah berada di tanah.

"Jangan biarkan masalah tu lama-lama, bang. Karang abang jugak yang sakit." tambahnya sebelum keluar dari kereta Taehyun.

Dia memerhatikan adiknya berjalan sehingga ke pintu rumah. Setelah memastikan Choi selamat sampai ke dalam, Taehyun memejamkan matanya. Kepalanya dihantukkan perlahan pada stereng.

Tepat hari ini, sudah dua minggu dia dan Dami seakan-akan terputus hubungan. Tiada lagi mesej atau panggilan yang masuk tanpa henti, membingitkan ruangan notifikasinya. Bahkan, Taehyun langsung tidak menemui gadis itu di mana-mana. Setiap kali dia singgah ke kedai runcit tempat Dami berkerja, pasti orang lain yang bertugas di kaunter.

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now