B A B 15 🐯

198 38 31
                                    

Keadaan hening di ruang tamu rumah Taehyun. Taehyun yang tertunduk, Hyunsuk yang bersandar pada sofa, mahupun Dami yang masih mamai ; ketiga-tiganya diam tanpa bicara. Tidak tahu mahu bermula dari mana.

Akhirnya, Hyunsuk yang memilih untuk memecahkan kesunyian tersebut. Senyuman ramah diukirkan buat Dami. Tangan dilambai kecil.

"Hai, aku Choi Hyunsuk. Adik ipar Taehyun. Maaflah dah terbangunkan kau. Aku tak tahu ada perempuan tidur kat dalam rumah ni." Dia menghulurkan salam perkenalan.

Perkataan 'perempuan' ditekankan, ditujukan tepat kepada Taehyun. Dan Taehyun lekas memahami. Namun dia kekal tenang tidak beriak.

Dami ikut senyum. Sama sekali langsung tidak menangkap isi tersirat Hyunsuk.

"Hai, Hyunsuk! Saya Im Dami! Tak apalah, saya tak kisah pun. It's nice to meet you anyway. Tyun ada banyak cerita kat saya pasal awak!"

"Oh, really? Dia cerita apa?"

"Uhmm, dia kata awak adik ipar paling tak guna, suka ugut dia, gila, tak cukup zat, perangai macam ba–"

"Okey, that's enough for our greeting session. Dami, awak pergi dapur dulu. Awak mesti lapar kan? Saya dah sediakan makanan untuk awak. Makanlah."

Segera Taehyun 'mengusir' Dami sebelum gadis itu membuka kisah lebih lanjut. Bimbang pula Hyunsuk akan membalas dendam dengan mencungkil aib-aib zaman bocahnya daripada Choi dan menyebarkannya ke seluruh tempat. Adik iparnya itu bukan boleh dijangka.

Dami tidak membantah, hanya menurut. Lagipula perutnya memang berkeroncong sejak tadi. Setelah gadis itu berlalu pergi, cuma tinggal Taehyun dan Hyunsuk berdua saja. Taehyun menatap Hyunsuk seraya mengeluh.

"Asal datang tak bagitau dulu?" soalnya.

"Saja, nak kasi suprise. Tak sangka aku pulak yang terkejut hampir terkentut. Sooo, who is she? A girlfriend?" Hyunsuk memulangkan pertanyaan.

"Drop the 'girl'. She is just a friend."

Hyunsuk mengerutkan dahi.

"Eh? Takkanlah kawan je? Dahtu yang tadi tu apa?"

Telinga Taehyun mulai memerah saat mengenangkan perkara yang nyaris saja berlaku tadi. Dia melarikan anak matanya. Lelaki itu berdehem kecil, membuang rasa gelisah.

Di situ Hyunsuk sudah dapat tahu. Dia meleretkan senyuman nakal.

"Seems like someone got a cute little crush on his friend, huh?" tekanya.

Tekaannya berjaya membuatkan seluruh muka Taehyun turut berubah rona. Dia menghela nafas, tidak membalas.

Aduhai, mengapa begini? Selalunya dia pandai menipu orang di sekeliling. Dah kenapa pula dalam hal seperti ini dia mudah kalah?

Sungguh, perasaan ini benar-benar melemahkan Taehyun.

Hyunsuk tertawa melihat reaksi itu. Agak mengujakan memandangkan ini pertama kali dia menyaksikan Taehyun menyukai seseorang sepanjang perkenalan mereka. Dia menongkat dagu.

"Sejak bila kau suka dia?" tanyanya, ingin tahu. Suaranya direndahkan, tidak mahu Dami di dapur itu mendengar.

"Since the first time I met her. Entahlah, aku cuma tengok dia and boom! Found myself falling for her." jelas Taehyun, penuh penghayatan. Siap ada gaya tangan lagi.

Penerangan itu membuatkan Hyunsuk ternganga.

"Woahh, love at first sight! Pandai jugak kau ni jatuh cinta ek? Aku fikir kau ghei."

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now