B A B 6 🐯

173 39 64
                                    

Derapan kaki kedengaran menuruni tangga. Tak sampai beberapa minit, muka Aera terpacul di hadapan dapur. Yoshi yang sedang mengacau kopi berkalih ke arahnya.

"Good morning, Aera." sapanya bersama senyuman manis.

Gadis itu pula bagaimanapun mencemuh. Dia menarik salah satu kerusi berhadapan Yoshi untuk duduk. Wajahnya masam mencuka. Dia menjeling Yoshi, tajam.

"Apahal tak bangunkan aku tadi? Nasib aku ada set alarm. Kau memang suka kan nak tengok aku datang lewat ke kelas?" tuduh Aera serkap jarang.

Yoshi menyengetkan kepalanya.

"Yosh dah bangunkanlah. Aera tu yang terbongkang tak ingat dunia siap meleleh air liur taknak ban–"

"Ah, aku taknak dengar alasan!"

Dia meraih cawan kopi milik Yoshi lantas meneguknya. Baru air mencecah bibir, Aera menggelupur.

"WARGH PANAS!"

Gara-gara panik, dia terus menghentakkan cawan itu ke atas meja. Hasilnya, sedikit dari kopi panas itu memercik ke tangannya. Sekali lagi dia menjerit kerana terkejut dan kesakitan.

Mata Yoshi membuntang melihat semua itu. Dia bingkas bangun. Tangan isterinya ditarik lalu dibawa dekat ke mata, ingin meneliti keadaannya. Terdapat kesan merah di situ.

"Aish, Aera ni! Kenapa tak hati-hati? Untung tak teruk mana." bebel Yoshi.

Aera mencebik.

"Salah kaulah! Kenapa tak bagitau aku kopi tu panas?"

"Dah Aera terus minum kopi tu, manalah Yosh sempat nak bagitau!"

"Takde takde! Itu kopi kau, jadi ini semua salah kau!"

Tangannya direntap semula. Aera berdiri. Dia berjalan menghentak kaki menuju ke ruang tamu. Yoshi bercekak pinggang.

"Nak pergi mana tu? Aera belum sarapan lagi!" laungnya.

"Aku nak pergi universiti sendiri! Tak payah sibuk hantar aku!" balas sang isteri.

Yoshi hanya berdiri di situ, mencicip kopinya. Tidak mengejar Aera biarpun gadis itu sudah mencapai beg serta barangannya dan melangkah keluar melalui pintu utama. Dia menghitung senyap-senyap.

"Tiga... Dua... Satu..."

Klek

Pintu rumah terbuka kembali. Aera menjengukkan kepalanya ke dalam. Dia mengemam bibirnya memandang Yoshi dari kejauhan.

Yoshi tersenyum senget.

"Masih tak ingat jalan?" tanyanya.

Anggukan diterima sebagai balasan. Yoshi menghela nafas. Kopi dihabiskan dengan sekali teguk. Dia mengambil kunci keretanya.

"Jom, Yosh hantarkan Aera."

🖤🐯🖤🐯🖤

"Nah, kunci rumah. Pegang."

Yoshi menyerahkan gugusan kunci itu kepada Aera selepas kereta diberhentikan. Gadis itu menyambutnya tanpa kata lanjut.

Lelaki itu mengemaskan tali lehernya.

"Harini Yosh balik lewat lagi, tak boleh ambik Aera. Nanti tumpang Junkyu lagi tau? Kalau takpun, Rose ke. Jangan naik bas atau teksi." pesannya.

"Hm."

"Ha, kunci tu pegang elok-elok. Karang kalau hilang susah kita."

"Hm."

"Jangan lupa makan masa rehat nanti. Paling-paling pun makan roti ke apa. Asalkan Aera alas perut tu. Takut tak pasal-pasal sakit pulak."

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now