B A B 4 🐯

245 47 42
                                    

Keluhan berat terlepas dari celahan bibirnya. Taehyun memandang datar dua ketul manusia di hadapannya itu. Belakangnya disandarkan pada sofa.

"Tak, persoalan utamanya sekarang ni kenapa mesti aku? Why me? Dari ramai-ramai orang kat dunia ni, kenapa aku jugak yang korang nak?"

Hyunsuk mencicip minuman panasnya sedikit. Dia membalas pandangan Taehyun.

"Sebab kitorang dah takde pilihan. Kau je harapan terakhir." jawab Hyunsuk, tenang nadanya.

"Kenapa aku pulak harapan terakhirnya?" tanya Taehyun lagi dan lagi.

Jari telunjuk Hyunsuk ditundingkan pada dirinya sendiri.

"Seperti yang kau tahu, aku ni dah kahwin. Aku ada isteri nak dijaga. Takkan aku nak tinggal dia seorang-seorang kat rumah? Nanti kau jugak yang marah aku buat adik kau camtu."

Kemudian, dia memaut bahu Chan yang sejak tadi diam di sampingnya.

"Chan pulak, dia pun dah kahwin, bakal jadi ayah dan... Kau sendiri faham keadaan dia sekarang. Dia dah tak mampu nak buat benda-benda macam ni. Karang tak memasal mengensot dia kat tengah jalan. Kan viral jadinya tu. Jadi–"

"Cop cop."

Taehyun mengerutkan dahinya. Dia menatap Hyunsuk, tidak percaya.

"So, kau nak kata the main reason aku jadi pilihan... Sebab aku single?" Taehyun menduga.

Kedua kawannya itu pantas tersengih.

"Erm hehe, ha'ah. Bukan nak kata apalah Hyun cuma kau tu dah lama betul singlenya. Daripada kau on off telefon kau setiap hari tunggu ayang chat tapi last-last mesej celcom je masuk, baik kau tolong kitorang." Chan mengutarakan alasan.

Taehyun memegang dadanya, terasa sakit tak berdarah apabila fakta yang satu itu diingatkan. Sendu mengenangkan dirinya masih solo di kala yang lain sudah ber-ayang-an.

Selepas beberapa minit murung menahan sakit single, Taehyun membetulkan duduknya. Riak wajahnya serius semula.

"Sorrylah, aku tak boleh nak terima tugas ni." ujarnya.

Hyunsuk mencebik.

"Alahhh... Taehyun, please..." pujuknya.

Sekali lagi Taehyun mengeluh.

"Suk, aku ada banyak kerja. Aku takde masa nak stalk Yoshi ngan Aera untuk korang."

"Tolonglah, Hyun. Kitorang risau kalau si Aera tu buat hal. Si Yoshi tu dahlah kuat pendam. At least, adalah jugak yang boleh gitau kitorang keadaan diorang berdua. Sekali ni je weh kitorang mintak tolong. Lepasni, takde dah." Chan pula merayu.

Akan tetapi, Taehyun tetap menggelengkan kepala.

"Nope. Sorry, mate. Aku malas."

Taehyun sudah bersedia mahu berdiri, namun Hyunsuk lekas-lekas merentap lengannya. Badan Taehyun tertunduk. Tatapannya bertemu dengan renungan Hyunsuk yang menikam.

"Listen here, Kang Taehyun. Aku bagi kau pilihan." Suara Hyunsuk mulai merendah. Berlawanan sekali dengan suaranya semasa awal tadi.

Aura Hyunsuk terasa berbeza. Dan Taehyun kenal benar akan auranya yang satu ini.

Gila si Hyunsuk sudah tiba nampaknya.

Taehyun menjungkit sebelah kening. Bertanya 'apa?'. Hyunsuk menarik Taehyun sedikit jauh dari Chan. Dia berbisik.

"Sama ada kau nak tolong kitorang ataupun..."

Hyunsuk menyeringai.

"Kau nak aku bagitau semua orang yang kau sebenarnya meniru masa ujian akhir tahun kita dulu? Biar nama kau sebagai pelajar straight A rosak ya?"

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now