B A B 21 🐯

169 33 33
                                    

"WEH APAK SEDAP NUGGET KAU NAK SIKIT! "

"ISH MENYEMAK BETULLA JANTAN SORANG NI, GI BERAMBUSLA! INI AKU PUNYA! KALAU NAK GI BELI SENDIRI!"

"ALAH KEDEKUT! SIKITLAHHH!"

"TAK BOLEHH!"

Aera menggaru lehernya, terkelip-kelip mata memerhatikan Rose dan Junkyu berebutkan seketul nugget di hadapannya. Dia yang duduk di antara mereka hanya mampu tersengih kekok apabila orang-orang di kafeteria menoleh ke arah mereka.

Rasa menyesal pun ada jugak terima ajakan Junkyu nak makan sama-sama lepas kelas. Tak pasal-pasal dia terpalit malu sama gara-gara perangai tak matang dua ekor ni.

Hujung blouse Rose ditarik kuat ketika gadis itu mulai menunjukkan ura-ura mahu naik ke atas meja untuk menerkam Junkyu. Risau pulak nanti diorang pergi bukak gelanggang WWE kat sini.

"Weh sudahlah tu, nugget seketul je pun." ujarnya, cuba menenangkan keadaan.

"Ini bukan sekadar nugget, Ra. Kau tak tahu walaupun seketul tapi nilainya sangatlah berharga– WOI KURANG AJAR! KAU KELUARKAN BALIK NUGGET AKU! KELUARKANN!"

Ha kan kena terkam betul-betul.

Tahu-tahu Rose dah bergelut dengan Junkyu kat atas lantai, berusaha mendapatkan balik nuggetnya yang dimakan secara curi-curi oleh lelaki tersebut. Sanggup betul sampai ingin dijoloknya tekak mamat tu. Aera pula yang ngeri melihat.

Jangan main-main ngan hakak Rose, nampak je lembut ganas bukan main kalah anak jantan.

Baru Aera mahu bangun dan menghentikan mereka, bunyi dentingan kedengaran dari telefonnya. Notifikasinya diperiksa. Segaris senyuman terlorek di wajahnya membaca nama yang tertera.

yoshinori uwu
hei

aera? dah habis kelas ke?

Laju saja jarinya menaipkan balasan.

dah

makan kejap dengan dorang ni

Sempat dia menyelitkan gambar Rose dan Junkyu sekali. Tak sampai seminit, Yoshi kelihatan sedang typing.

oh wow.

thats... fascinating?

anyway, aera nak yosh ambik nanti ke?

atau nak tumpang beruk-beruk tu?

aik?

kau tak kerja ke?

takde kelas?

harini yosh kelas pagi je.

takde sesi petang.

sekarang ni pun tengah lepak kat rumah.

sooo, nak takk?

nak nakk

aku tak yakin aku boleh selamat kalau balik satu kereta dengan diorang ni ಥ_ಥ.

HAHAHAHA

yelaa yelaaa

nanti tunggu kat depan

rawr ! ¦ 𝗸𝗮𝗻𝗲𝗺𝗼𝘁𝗼 𝘆𝗼𝘀𝗵𝗶𝗻𝗼𝗿𝗶 [ON HOLD]Where stories live. Discover now