1- PAGI

68 0 0
                                    

MATAHARI sudah terpacak di langit. Cahaya yang dipancar sang penyinar dunia menerobos masuk ke dalam bilik tanpa segan silu. Hannah yang sejak tadi khusyuk menelaah buku teks Biologi sedikit terganggu dengan kehadiran si cahaya. Jam digital yang sering menemaninya ketika belajar ditatapnya. Sekarang baru pukul tujuh pagi.

Baris ayat terakhir dibaca di dalam mindanya dengan tekun. Buku teks ditutup perlahan. Buku-buku dan alat tulis yang setia bersamanya sejak selepas Subuh tadi dikemas rapi. Kerusi ditolak sedikit ke belakang dan terus menapak ke pintu biliknya.

Langkahnya terus ke dapur. Mata meliar mencari susuk tubuh wanita yang disayanginya.

"Wah, sedapnya bau nasi goreng ni," puji Hannah sambil mendakap tubuh umi dari belakang.

"Umi masak bila aje tak sedap kak, baru bau dah tahu umi punya masakan tak ada siapa boleh lawan," seloroh Hakeem yang baru sahaja menapak ke dapur.

"Banyaklah anak-anak umi ni. Pujinya melangit tinggi betul. Ini umi masak pun dengan Mak Ila," terang Puan Syazwin kepada anak-anaknya.

Kedua-dua anaknya hanya membalas kata umi mereka dengan senyuman yang penuh cinta.

"Adik tolong susun pingganlah, nanti boleh terus makan. Perut Akeem dah macam bunyi perang dah cuma tak keluar peluru sana sini aje," tawar Hakeem ingin meringankan beban umi.

Hakeem terus bangkit daripada duduknya mengambil sengala keperluan untuk mereka semua sarapan bersama. Hannah juga turut bangkit membantu Hakeem.

"KAK, macam mana nak reject orang cara baik?" Persoalan Hakeem kedengaran sangat aneh dan terlampau tiba-tiba. Tapi tampak perasaan benar-benar inginkan jawapan daripada nadanya.

"Kenapa? Ada orang luahkan perasaan dekat Akeem ke?" soal Hannah dengan nada sedikit tidak percaya. Tak disangkanya akan ada perempuan yang boleh jatuh hati dengan adiknya yang otak tak cukup dua skru.

Angguk Hakeem perlahan sambil tangannya sibuk menyusun pinggan di atas meja.

"Sebagai spesies yang sama dan mempunyai jantina yang sama dengan orang tersebut akak rasa better Akeem jelaskan kenapa Akeem reject dia. Dan paling penting biarlah dengan cara yang lembut. At least, you don't leave any bad impression."

Hal yang sebenarnya, Hannah juga buntu bagaimana cara yang sepatutnya Hakeem perlu lakukan. Dia pun tak pernah lagi mempunyai pengalaman menolak luahan cinta seseorang. Mana taknya tiada lagi lelaki yang berani meluahkan rasa tersebut kepada dirinya. Tapi bagi Hannah selagi bukan dengan cara yang kasar mungkin tak akan melukakan sesiapa.

Hakeem hanya mengangguk setelah mendengar jawapan Hannah dengan penuh tekun. Sungguh dia tidak sangka akan ada seorang gadis yang menyimpan perasaan terhadapnya. Lagipun umurnya terlampau muda untuk bercinta dengan seseorang.

"UMI nanti nak pergi Mydin nak beli makanan sikit lepastu Akeem nak beli sikit barang asrama dengan sekolah. Kakak teman Akeem boleh?"

Hannah yang sedang mencuci pinggan hanya mengangguk tanda setuju.

"Jangan lambat awak tu nak balik asrama hari ni. Asrama awak bukannya dekat," pesan Puan Syazwin sudah masak dengan perangai anak bongsunya itu.

"Umi, Mak Ila ada nak pesan apa-apa tak? Alang-alang nak pergi, nanti Hannah belikan," soal Hannah yang baru sahaja selesai mencuci pinggan.

"Hannah tolong belikan minyak masak, bawang merah dengan telur. Semua tu nak habis dah Mak Ila check pagi tadi. Terima kasih ya Hannah."

Puan Syazwin pula hanya menggeleng. Tiada pula rasanya keperluan yang perlu dibeli buat masa sekarang.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now