16 - MASIH

15 0 0
                                    

MASING-MASING hanya membisu tak mengeluarkan kata. Meja yang agak terasing daripada orang ramai dipilih oleh mereka. Suasana kafeteria hospital itu hingar-bingar. Nafas diambil panjang sebelum memulakan bicara.

"Jadi salam perkenalan semula. Aku Irfan. Irfan Faleeq." Syah roh atau lebih tepat Irfan versi roh mula membuka kata.

Aidan dan Hannah hanya tergelak kecil. Mereka bertiga masih terkejut dengan kebenaran tadi.

Masing-masing terkebil-kebil di hadapan katil Irfan dengan reaksi wajah yang serupa. Terkejut beruk dibuatnya. Syah roh yang selama ini dianggap Said Yusuf rupanya ialah Irfan Faleeq versi roh.

"Hai Irfan, aku Hannah dan ini Aidan." Hannah mengukir senyum dan tapak tangan terarah pada Aidan di hadapannya. Turut sama melakukan salam perkenalan baru dengan Irfan.

Aidan hanya menggeleng dan menyedut minumannya. Masih lagi mencerna apa yang berlaku sebenarnya.

Dani pula masih di bilik wad. Katanya mahu berbual dengan Irfan sebelum mereka semua berangkat pulang. Irfan tak mahu duduk bersama Dani kerana takut akan bersedih nanti.

"Kau orang tak pelik ke?" soal Aidan yang memerhati seorang kanak-kanak kecil yang sedang duduk di atas kerusi roda yang ditolak bapanya.

"Pelik apa?" Soalan Aidan dibalas kembali dengan soalan oleh Irfan. Fokus Irfan dan Hannah kini tertumpu kepada Aidan yang masih tidak memandang mereka.

Pandangan kini dialihkan memandang Hannah dan Irfan yang terapung disebelahnya.

"Peliklah. Sekarang kita dah tahu Irfan bukan Syah. Tapi kenapa dia masih terbang-terbang dekat sini?" Aidan merenung Irfan yang merenung matanya.

Jari telunjuk kanan yang terletak di hujung kiri bibir digerakkan beberapa kali, gaya sedang berfikir. Wajah Irfan berkerut seribu tatkala mendengar persoalan yang ditujukan oleh Irfan. Hannah juga turut memikirkan jawapannya.

"Kau rasa sebab apa, Irfan? Kenapa kau masih di sini dan bukan dalam badan kau. Kesian Dani cakap dengan jasad kau aje," kata Hannah dengan nada penuh tanda tanya.

"Ada orang kesian dekat Danilah. Fulamak!" usik Aidan terkekek-kekek. Irfan juga turut tertawa dengan usikan Aidan. Ada sahaja modal menyakatnya.

Tapi logik sahaja, Dani itu sekali pandang pun sudah kacak. Ini pula Hannah yang sudah berkali-kali memandangnya. Berbudi bahasa, lembut bicaranya dan bacaan Yasin yang diketuai oleh Dani pun merdu. Cair hati yang mendengarnya.

Bak kata orang putih full package habis! Tetapi kalau tidak mengambil kira masa silamnya.

"Eh kau orang ini ke situ pula. Betul apa aku cakap. Dah rohnya dekat sini sembang dengan kita so jasad ajelah kan atas katil itu," omel Hannah masih tidak berpuas hati kata-katanya tadi dijadikan bahan usikan. Mata dijulingkan ke atas tanda protes.

"Ya lah cik Hannah kalau dah suka mana nak mengaku. Betul tak, Irfan?" Kening kiri dijongketkan ke atas sambil memandang Irfan yang menggeleng melihat mereka berdua. Hannah sudah mendengus kasar dan malas mahu melayan kerenah Aidan.

"Kembali kepada persoalan asal. Kau orang rasa kenapa Irfan masih berkeliaran di sini?" Hannah menukar topik serta-merta. Tidak mahu dijadikan bahan usikan lagi. Kali ini difikir dahulu baik-baik sebelum melontarkan kata.

"Mungkin pesalah dia belum ditangkap? Atau mungkin kemalangan dia tak dibela sesiapa. Entah itu sahaja idea yang aku ada," balas Aidan yang kembali serius.

"Aku pun fikir begitu juga. Yalah, kalau bukan sebab itu sebab apa lagikan? Mungkin orang yang buat aku jadi macam itu masih hidup aman damai sentosa. Tapi aku ini hidup tapi macam tak hidup pun ada. Susahlah tak faham diri sendiri ini." Irfan mendengus kasar.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant