17 - DALANG

14 0 0
                                    

PINTU yang tadi diketuk perlahan dari luar dipandang seketika. Tidak dapat meneka gerangan di sebalik pintu biliknya.

"Hannah tak kunci," balas Hannah sedikit kuat cukup untuk membuatkan orang di sebalik pintu mendengarnya.

"Umi kau," kata Irfan yang menembusi pintu biliknya sebelum pintu dibuka oleh Puan Syazwin.

"Hannah banyak lagi ke homework itu? Abi ajak makan luar hari ni. Kalau banyak lagi abi kata abi tunggu sampai Hannah siap," jelas Puan Syazwin menghampiri anak perempuannya yang duduk di meja belajarnya.

"Dah nak habis ini. Satu soalan lagi lepas itu Hannah siap, boleh?" soal Hannah apabila dapat dirasakan tangan Puan Syazwin mengurut lembut bahu anaknya.

Suka Puan Syazwin melihat Hannah yang sangat suka belajar. Dia memang sentiasa belajar tanpa perlu disuruh. Impian seorang ibu.

"Boleh aje. Umi keluar beritahu abi. Nanti dah siap turun terus. Umi dan abi tunggu di ruang tamu." Ubun-ubun anaknya dikucup lembut kemudian diusap perlahan rambut Hannah yang dibiar lepas hingga bawah bahu.

"Okay. Dalam 15 minit lagi Hannah turun." Hannah berpaling memandang latihannya kembali setelah Puan Syazwin berlalu keluar.

"Nak ikut," kata Irfan teruja. Hannah hanya mengangguk sahaja.

Memang sudah menjadi kebiasaan sejak kewujudan Irfan, ke mana keluarga Hannah pergi dia akan ikut sekali. Tidak boleh berpisah dengan Hannah. Dia bosan kalau duduk di rumah itu sahaja. Sudahlah Hannah sahaja yang mampu melayan dia.


SETELAH hampir 15 minit Hannah sudah laju menuruni tangga. Berlari anak ke ruang tamu mendapatkan Puan Syazwin dan Tuan Fazlee yang rancak berbual mesra.

Suka Hannah melihat hubungan baik suami isteri itu. Hannah tekad mahu mencari bakal suami yang mempunyai sifat seperti abinya. Baik, lembut, memahami dan paling penting sangat menitikberatkan soal agama.

Umi pernah bercerita kalau tidak kerana abi mungkin uminya sudah terpesong. Kata umi lagi abi dulu memang seperti ustaz-ustaz. Tapi sekarang abi sorok sikit vibes ustaznya, tak mahu dicop alim takut ke lain niatnya. Cukuplah tampak biasa-biasa tetapi sentiasa hauskan ilmu agama.

"Umi, Abi. Hannah dah siap," tegur Hannah gembira. Bukan selalu Tuan Fazlee mahu makan di luar.

Hakeem tiada hari ini. Masih di asrama, tetapi kebiasaannya selepas Hakeem pulang Tuan Fazlee akan membawa Hakeem ke tempat yang sama. Katanya baru adil.

"Jom. Abi dah book dah. Hari ini abi bawa kereta. Lama tak bawa," jelas Tuan Fazlee yang memusing-musingkan kunci kereta di jari.

Tuan Fazlee jarang membawa kereta kerana dia mengupah pemandu peribadi untuk kemana-mana. Itulah sebabnya dia memberitahu Hannah.

"Mantap abi. Race lah apa lagi abi," usik Hannah. Puan Syazwin hanya menggeleng melihat anak dan suaminya.

"Bawa Alphardlah Hannah. Bawa Porsche boleh lah nak race. Alphard besar nak cilok mana. Kalau naik Porsche dengan umi nanti digenggamnya peha abi suruh bawa berhemah sikit. Nanti abi bawa Hannah kita race okey?"

Saja Tuan Fazlee mengusik isteri kesayanganya sambil meranapkan awning tudung anaknya. Hannah merenung tangan Tuan Fazlee yang sudah merangkul tangan Puan Syazwin.

"Abi rosak tudung Hannah," kata Hannah sambil membontoti pasangan itu. Sudah berkahwin lama pun masih macam baru bercinta semalam.

"Tak apa. Anak abi comel dah pakai macam tu," usik Tuan Fazlee.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now