20 - MIMPI

12 0 0
                                    

TANGAN anak lelakinya diusap lembut berkali-kali. Mata meredup memandang wajah yang kosong itu, bagai semua masalahnya hilang. Wajah itu membuatkan dirinya terseksa. Hati merayu-rayu pada Ilahi untuk mengembalikan anaknya yang terkulai layu itu.

"Irfan, bila Irfan nak bangun, sayang? Umi rindu. Dah empat tahun umi tak nampak Irfan senyum. Irfan tak sayang umi ke?"

Lembut dan sayu sahaja nadanya. Dapat dirasakan belakangnya diusap perlahan oleh sang suami yang sentiasa setia di sisi.

"Sayang, apa cakap macam itu? Irfan sayang sangat dekat umi dia. Ingat tak dulu masa kita nak kahwin, Irfan tak kasi sebab dia takut abang rampas umi dia. Irfan sanggup buat apa aje untuk umi dia."

Dato' Lutfhi memujuk lembut. Air mata sang isteri yang mula mengalir laju dilap tidak meninggalkan jejak. Dahi Datin Afeeya dikucup perlahan cuba menenangkan jiwanya yang kacau.

"Tapi abang dah empat tahun Irfan tak bangun. Sayang tak kuat. Macam mana kalau dia tinggalkan kita? Irfan aje yang saya ada," balas Datin Afeeya. Tangannya menggenggam lembut tangan suami demi mencari kekuatan.

"Sayang, kalau sudah Allah kata itu ajal Irfan, sayang mana pun awak pada dia, dia tetap akan pergi. Kita yang masih hidup kena kuat untuk dia."

Kepala si isteri diusap perlahan-lahan dengan tangan yang lagi satu.

"Selalu doakan dia, buat amal kebaikan dan niatkan pahala untuk dia sekali. Itu sahaja yang kita mampu. Nak minta dia hidup kembali ke dunia mustahil, sayang. Mohon pada Allah pertemukan kita semua di syurga kelak."

Datin Afeeya diam tidak membalas. Tepat apa yang suaminya katakan pada dirinya. Mata yang tadi memandang si suami kini kembali pada tubuh di katil hospital. Rambut Irfan dielus halus dan dikucup dahinya.

"Teruskan kuat untuk umi, Irfan. Irfan aje yang tinggal," ucap Datin Afeeya setelah memberi kucupan pada dahi anak lelakinya.

"Sayang, Irfan kuat sama macam sayang. Jangan risau. Serahkan semua pada Allah." Isteri yang sudah berdiri dari duduknya didakap dan dibawa rapat ke dadanya. Wajah isteri diusap lembut dengan tangan kanan sembari tangan kiri mengeratkan lagi dakapannya.


IRFAN sudah seminggu menghilang. Hannah membuat spekulasi yang Irfan mungkin mengingati sesuatu. Itu yang berlaku setiap kali Irfan mendapat secebis memorinya semasa masih bergelar manusia.

Kini Hannah tidaklah serisau dahulu, cuma perasaan ingin tahunya menggunung tinggi setinggi Himalaya. Selepas Irfan mencuri dengar perbualan Dani dan pakcik Syah, dia kelihatan sangat lemah dan hilang dari pandangan Hannah. Dani pula tidak bercerita secara terperinci, privasi katanya.

"Tak ada lagi?" Aidan menyoal. Dulang berisi latte ais dan oreo cheesecake diletakkan di atas meja. Air dan kek itu kemudian diletakkan di hadapan Hannah.

"Macam kau tak boleh nampak pula." Hannah balas malas-malas. Mata masih fokus pada latihan subjek kimia yang dibawanya dari rumah.

"Datang sini buat apa?" soal Aidan lagi. Saja mahu ajak bersembang. Padahal mahu mengelat kerja di dapur kafe.

Sebelum menghantar pesanan Hannah sempat dia menjenguk ke dapur, banyak benar cawan dan pinggan di singki. Aidan tak suka tugas membasuh dia lebih rela berdiri di kaunter atau mengelap meja.

"Study dengan Fateen. Kita ini lagi berapa hari aje lagi nak exam akhir tahun. Lepastu pejam celik SPM. Kalau aku macam kau tak apa lah. Tidur pun cikgu ajar masuk otak. Aku ni kalau tidur masa cikgu ajar memang masuk longkang alamatnya."

Hampir terhambur tawa Aidan tetapi ditahan. Dia takut Hannah terasa hati dengan tindakannya.

"Alhamdullillah, rezeki Allah bagi pada aku. Ilmu mudah masuk. Lagipun aku rasa kepandaian aku atas ihsan doa parents aku," balas Aidan rendah diri.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon