22 - ASAL

7 0 0
                                    

RAMBUT yang diusap lembut oleh Puan Syazwin mendatangkan tenang dalam jiwa. Peperiksaan akhir tahun baru sahaja tamat hari ini. Hannah sedang berbaring di atas sofa ruang tamu sambil kepalanya diletakkan di atas peha Puan Syazwin.

Hannah memang manja orangnya. Sangat manja lebih lagi dengan Puan Syazwin. Dia bersyukur Allah meminjamkan Puan Sayzwin kepadanya. Mata yang tadi memandang televisyen kini terarah ke atas. Wajah Puan Syazwin ditatap. Indahnya bidadari Tuan Fazlee ni, getus hati Hannah.

"Umi," panggil Hannah. Puan Syazwin menunduk melihat anak gadisnya itu. Tangan masih lagi mengelus rambut gadis itu.

"Boleh Hannah nak tanya sesuatu?" Puan Syazwin mengangguk memberi keizinan.

"Memandangkan Hannah dah cukup besar, rasanyalah. Umi ingat tak Hannah pernah tanya sebenarnya Hannah anak siapa?" Puan Syazwin berkerut, tidak gemar akan topik ini.

"Hannah anak umilah," balas Puan Syazwin.

"Yes, but not biologically. Boleh Hannah tahu?" Hannah kini duduk bersebelahan Puan Syazwin. Tidak lagi terbaring. Pandangannya tajam mendesak tapi masih menjaga batasnya dengan Puan Syazwin.

"Hannah yakin Hannah dah ready? Umi tak cerita takut Hannah akan sedih nanti." Puan Syazwin mencapai lembut tangan anak gadis itu. Mata meredup melihat mata gadis yang membara itu.

"Seratus peratus yakin. Ini untuk masa depan Hannah juga, umi. Sampai bila Hannah nak hidup di balik bayang." Nadanya memang kendengaran sangat yakin.


SETIAP kali pulang ke kampung itulah soalan yang sering diutarakan. Memang naik menyampah kadang itu tapi dipaksakan hati untuk banyakkan bersabar.

"Belum rezeki, kak." Suami Syazwin membalas bagi pihaknya. Tangannya diusap lembut si suami di bawah meja.

"Haih, Fazlee. Sudah lima tahun kau kahwin. Silap haribulan isteri kau ni mandul." Tergamam Syazwin dengan kata-kata sepupu Fazlee itu.

"Kalau mandul pun kenapa? Bukan dosa pun. Saya kahwin dengan Syazwin bukan semata-mata untuk dapatkan zuriat. Kalau akak nak sangat baby apa kata akak aje yang mengandung lagi," balas Fazlee.

Fazlee memang pantang apabila orang merendah-rendahkan isterinya. Tak fikir banyak memang jawapannya sarkastik dan tidak berlapik. Biar orang sedar yang kata-kata mereka itu mampu melukakan hati orang lain.

"Kita masuk dalam jom. Abang panas lah dekat luar ini." Fazlee kini berdiri sambil menarik lembut tangan si isteri. Syazwin hanya menurut sempat mengukir senyum paksa kepada sepupu Fazlee sebelum berlalu pergi.


TANGAN Fazlee diketuk lembut mengunakan jarinya kecilnya. Fazlee mengalihkan pandangan kepada si isteri. Muka seperti mahu marah.

"Abang ada wuduk, sayang. Kan tadi kata nak pergi surau dengar ceramah. Saja kan?" Pipi si isteri dicubit lembut.

"Sayang lupa abang dah ambil wuduk. Sorry tak sengaja." Tangan Fazlee mengusap rambut si isteri.

"Abang tak rasa ke abang kasar sangat dengan kak Rara tadi. Terkejut beruk muka dia abang balas macam tu. Dah lah kita main pergi aje lepas tu."

Syazwin menjelaskan apa yang terbuku di hati sejak tengah hari tadi. Tergelak kecil Fazlee dibuatnya.

"Sayang, dia tu memang kena ajar sikit. Jangan risau abang dah minta maaf tadi pada dia sebelum kita balik rumah ibu. Dah nak maghrib ni. Sayang tak nak pergi ke?"

Syazwin tersenyum hilang resahnya. Laju dia mengangguk sebagai jawapan dan terus mengambil wuduk dan memakai telekung.

Setelah mereka berdua bersiap masing-masing ke bilik ibu Fazlee. Kelihatan ibunya sedang bersiap sedia untuk mendirikan solat.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Där berättelser lever. Upptäck nu