18 - BOSS

13 0 0
                                    

"BOSS ini dia budak yang bos minta saya cari hari itu." Pembantu peribadinya memberikan sebuah fail yang dipenuhi kertas.

Fail dibelek sambil mata meneliti setiap informasi yang ada. Fail ditutup setelah segala butiran 'budak itu' diteliti.

"Bagus. Macam biasa, cari budak itu dan settle kan dia. Pastikan Haziq sedar ancaman kita." Boss bersuara sambil meletakkan fail di atas mejanya.

Pembantu peribadinya terus mengangguk laju dan keluar dari pejabatnya.

"Haziq, kau akan terima balasan sebab cuba kacau kehidupan aku." Lelaki yang digelar boss itu berkata pada diri sendiri.


SYAH dapat rasakan ada seseorang yang dari tadi mengekorinya. Tetapi apabila kepala berpaling ke belakang bayang itu hilang. Langkah kaki semakin laju hampir berlari.

"Kau nak lari mana, budak?" Seorang lelaki sasa dan tinggi berdiri betul-betul di hadapannya. Jalan mati!

"Ya, saya kenal abang ke?" soal Syah. Nafas diatur supaya tidak kelihatan cemas. Suasana sekeliling dianalisa. Gelap dan sunyi. Malang sungguh!

"Tak. Tapi bos aku suruh cari kau," balas lelaki sasa itu. Penumbuk digenggam dan ditumbuk tapak tangan sendiri.

"Bos abang? Buat apa? Saya mana ada pinjam ahlong. Mak saya mengamuk nanti," balas Syah selamba. Masih berlagak tenang walaupun jantung sudah mengepam darah dengan laju. Peluh yang mengalir di dahi mula dirasai.

Kalau tak lari ini, mati aku, getus Syah. Mata lincah memandang sekeliling masih mencari lubang untuk melarikan diri

Aku tahu!

"Bang. Abang pijak taik kucing ke? Abang datang aje terus bau busuk. Tadi elok aje," kata Syah cuba mengalihkan tumpuan lelaki sasa itu.

Lelaki sasa itu melihat tapak kasutnya dengan bersungguh. Hidung bekerja keras mencium bau tapak kasutnya.

"Mana ad―" Tak sempat lelaki itu menghabiskan kata, Syah dihadapannya sudah lesap dari penglihatan.

"Woi!"

"Saya ada nama bang! Nama saya Yusuf. Mak saya punya idea sebab dia nak anak dia handsome. Saya kena balik sekarang nanti mak saya risau!" jerit Syah sambil kaki laju berlari ke tempat yang lebih terang dan mempunyai beberapa orang.

Syukurlah kawasan yang dilalui hari ini agak riuh pada waktu malam. Kalau tidak memang jadi lempeng dia malam ini. Cukuplah tangan Dani sahaja yang memukulnya.

Tangan dibawa ke lutut , sedikit membongkok. Kepala ditoleh kebelakang memastikan lelaki yang mengejarnya sudah hilang.

"Syukur, Alhamdulillah." Nafas dihela panjang setelah mengucapkan rasa syukur. Kaki terus melangkah mendekati bangunan rumahnya.


MATA rakus melihat kawasan sekeliling. Laju betul budak itu lari. Sekejap sahaja masa yang diambil untuk melihat tapak kasutnya. Tapi budak itu sudah jauh meninggalkannya. Lincah!

Telefon di dalam poket dicapai. Nama 'Boss' dicari sebelum mula menelefon nombor tersebut.

"Terlepaslah, bos." Nadanya sedikit takut-takut.

"Tak guna. Budak mentah pun kau tak boleh settle. Nanti aku hantar Zayden ajelah."

Talian terus dimatikan oleh Boss. Memang tak boleh pakai budak sekarang. Budak mentah pun tak boleh selesaikan. Membazir masa sahaja.

Nama Zayden dicari di dalam telefonnya. Nombor itu terus didail tanpa berlengah.

"Hello, bos. Ada kerja ke?" balas Zayden dihujung talian.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now