11 - PUNCA

17 0 0
                                    

LAMPU ruang tamu masih menyala menerangi segenap ruang. Seorang lelaki 40-an sedang duduk di atas sofa ruang tamu seperti menunggu kepulangannya sejak tadi. Kepala ditoleh menghadap jam dinding, jarum pendek tepat pada nombor dua. Helmet ditanggalkan dan diletakkan di atas rak sebelah pintu utama rumah. Kaki terus mengorak langkah ke biliknya.

"Rumah ini memang sudah macam hotel untuk kau." Lelaki tadi mengeluarkan kata, dalam dan garang nadanya. Lelaki itu masih kekal di sofa tidak berganjak walau seinci. Kaki berhenti daripada terus menapak ke anak tangga. Niat untuk ke bilik tidur terbantut dek gelombang suara yang menerjah gegendang telinga. Badan dihala perlahan menghadap arah suara tadi. Renungan mata mereka bertemu apabila lelaki memalingkan tubuh menghadapnya.

"Kau buat apa di luar, pukul dua pagi baru jumpa rumah? Sesat? Dah tak tahu mana rumah sendiri?" Soalan demi soalan diberikan tidak memberi peluang kepadanya untuk menjawab. Lelaki itu bangkit daripada duduknya dan merenung tepat wajah anak tunggalnya itu. Wajah kosong tidak beremosi diberi sambil membalas renungan bapanya.

Sunyi.

"Aku tanya jawablah! Bisu dah ke?" Qayyim menengking , tangan mencapai sebuah pasu kaca yang terletak di atas meja sebelah sofa yang didudukinya tadi. Qayyim mengangkat pasu itu separas telinganya kemudian mencampak laju pasu kaca itu ke arah Dani.

Mata terpejam rapat melihat pasu yang melayang terarah pada dirinya. Dapat dirasakan serpihan kaca halus mengoyakkan kulit kakinya. Gigi diketap rapat menahan sakit oleh kaca yang tertusuk ke dalam kulitnya.

"Qays cari ibu." Perlahan sahaja dia membalas. Mata menunduk memandang serpihan pasu kaca yang memenuhi ruang lantai sekelilingnya. Nasib baik sempat mengelak sedikit sebelum pasu itu tepat mendarat di atas kepalanya. Fikiran ralit memikirkan apa nasibnya tadi jika tidak sempat mengelak.

"Untuk apa? Perempuan itu dah buang kita! Lupakan Daneen macam dia lupakan kita, Qays." Wajah diraup kasar, penat melayan anaknya yang semakin hari semakin menguji kesabarannya.

"Papa tipu. Papa yang buang ibu! Ibu sayang Qays lagi!"

"Menjawab!"

"Mana adab kau Daniall Qays?! Aku tak ajar anak aku jadi biadap."

"Papa pun tak ada! Qays dengan papa tak ada beza."

"DANIALL QAYS!"

Satu tamparan hinggap di pipi Dani. Pipi yang terasa kebas itu dipegang dengan tapak tangan. Cecair hangat mula membuat kemunculannya. Hati dan perasaan terasa sakit bagai dirobek rakus tanpa simpati dan belas kasihan.

Air mata yang bertakung dikesat kasar dengan belakang tangan. Badan mula berpaling membelakangi bapanya. Kaki mula menapak memijak anak tangga, air mata masih deras mengalir keluar dari tubir mata. Laju langkah kakinya ke arah biliknya. Pintu dihempas sekuat hati menyebabkan dinding rumah bergegar perlahan dan kemudian pintu dikunci. Lutut yang mula melemah menyebabkan tubuh jatuh longlai ke tanah. Tubuh disandarkan ke pintu, nafas panjang dihela kasar. Mata terpejam rapat sambil membiarkan cecair panas mengalir membasahi pipinya.

Benci.

Bencinya terhadap kehidupan sendiri.

Tiada keindahan.


PEMETIK api yang dihulurkan diabaikan sahaja, tidak diambil tidak juga ditolak.

"Aku tahu lah kau banyak duit, tapi perlu ke kau gigit rokok tu. Kalau tak nak hisap bagi aku."

Zayden buat muka menyampah. Sakit sahaja hatinya lihat cara Dani buang duit. Rokok sekarang bukan murah. Rokok seludup pun boleh tahan harganya, ini pula yang digigitnya Dunhill yang hampir RM 20 hingga RM 30 sekotak. Rokok yang digigit Dani bukan sebatang sehari, minimum tiga batang dan maksimum lima batang untuk sehari. Sekotak ada 20 batang, tak sampai seminggu habis sekotak dia kerjakan. Lain betul caranya bazirkan duit. Betul- betul mendefiniskan duitnya yang tidak habis-habis.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora