6 - DANI

28 0 0
                                    

SUDAH hampir lima minit Farhani mendiamkan diri, sebak mengingati kisah silam dia dan dua sahabatnya itu. Kisah paling gelap sepanjang hidupnya. Kehilangan dua sahabat baik pada waktu yang sama bukanlah sesuatu yang dia pernah bayangkan dan inginkan.

"Kak?" Aidan cuba memecah suasana sunyi antara mereka berempat. Lima termasuk Syah.

Air mata yang sedari tadi menghiasi pipi dikesat mengunakan belakang tangan. Senyum kelat dipaksa. Ikutkan hati, Farhani tidak mahu meneruskan lagi perbualan ini atau lebih tepat sesi menggali lubuk hitam hatinya. Akan tetapi kuat hatinya mengatakan ini dapat menemukan mereka dengan kebenaran kisah yang masih misteri. Kisah kematian Syah dan kehilangan Irfan.

"Ya, Aidan nak tanya apa lagi?"

"Syah atau Irfan ada main bola tampar tak?" Teringat perbualan mereka beberapa hari lepas.

Farhani angguk.

"Irfan player bola tampar tapi Syah tak. Lepas naik tingkatan empat, Syah berhenti main. Mereka tak pernah pula cakap kenapa. Hanya Irfan yang teruskan main sampai kami tingkatan lima," jelas Farhani.

Misteri.

Mereka berempat mengangguk mendengar penjelasan Farhani. Syah memaksa diri mengingati sesuatu. Tetapi gagal lagi. Dia hanya dapat rasakan yang Farhani terlibat dalam kisah hidupnya ketika dia masih bergelar manusia.

Aidan pula berkerut memikirkan sesuatu. Cuba mencantumkan memorinya dengan penjelasan Farhani tadi. Dia yakin yang dia pernah lihat itu, Syah yang disebelahnya. Tetapi penjelasan Farhani bercanggah dengan memorinya. Adakah salah memorinya? Aidan tidak pasti.

"Akak, boleh tak kalau akak cerita lagi tentang Syah dan Irfan ini? Contohnya, fizikal mereka atau sifat ataupun kehidupan mereka yang akak tahu." Hannah cuba menggali lebih dalam.

Farhani rasa mahu larikan diri saat ini. Kenangan mereka bertiga tidak pernah sekali dia lupakan. Malah masih terngiang-ngiang dalam kepalanya. Gelak tawa dan pergaduhan harian mereka.

"Akak lebih rapat dengan Syah berbanding Irfan sebenarnya. Irfan seorang yang agak kecoh tapi bila dicampak duduk dengan perempuan dialah yang paling ayu. Diam seribu. Itu yang menyebabkan akak lebih rapat dengan Syah. Syah jenis yang tenang dan santai. Selalu ada sahaja nasihat keluar dari mulutnya. Sangat baik dan berbudi. Mungkin kerana dia banyak diuji." Farhani mula berbicara, paksakan juga dirinya berkongsi kisah.

'Syah, Irfan aku buat ini semua demi kau orang,' bisik hati kecil Farhani.

"Ayah Syah meninggal waktu ibunya melahirkan dia. Ibunya pula sakit. Sakit apa Syah tidak pernah cerita. Syah dan Irfan berkongsi satu sifat yang sama. Kedua-duanya suka memendam. Geram juga akak dibuatnya. Sebab itu akak tak tahu sangat dengan kisah sedih mereka. Segalanya dipendam buat pekasam dalam jiwa."

Syah mendengar bait-bait kata Farhani. Orang-orang yang diceritakan Farhani rasa dekat dengan dirinya. Sekejap dia rasa dia ialah Syah yang Farhani ceritakan sekejap bukan. Keliru dibuatnya.

Syah dan Irfan bagai ditakdirkan menjadi sahabat. Semua benda ada persamaan. Bagaimanalah sebenarnya persahabatan mereka terjalin? Adakah persamaan mereka yang menjadi penghubung tiada siapa tahu selain mereka.

"Syah dan Irfan berkawan dengan seorang budak lelaki ini. Dani namanya. Nama penuh akak tidak ingat pula. Tapi hanya Syah sahaja yang rapat dengan Dani. Orang kata Dani tidak suka Irfan sebab itulah hanya Syah rapat dengan dia. Naik tingkatan dua hubungan Dani dan Syah semakin regang. Tidak tahu sebab apa. Mahu tanya Dani akak tak rapat dengan dia. Bila tanya Syah dia kata 'Tak semua orang akan ada dengan kita untuk selamanya'," sambung Farhani

"Mereka berdua banyak berahsia dengan akak. Jadi itu sahajalah yang akak boleh kongsi," jelas Farhani.

"Tak apa, banyak sudah itu," balas Hannah. Mereka yang lain hanya mengangguk. Tetapi Syah masih berkerut. Banyak yang bermain difikirannya.

Dani.

Tangan Syah bawa ke dadanya. Dia dapat rasakan satu perasaan aneh menguasai dirinya apabila terdengar nama itu. Benci? Marah? Kecewa? Perasaan apakah ini?


"FARHANI. Nampak Yusuf?" Dani mendekati Farhani yang ralit menyiapkan karangannya. Matanya melilau di segenap kelas 5 Science mencari kelibat Yusuf.

"Dia baru aje keluar dengan Irfan tadi. Katanya nak beli keropok lekor di kantin." Kepala diangkat sedikit melihat Dani di hadapannya. Mata Dani masih memerhatikan segenap kelas itu. Keropok lekor sekolah mereka memang menjadi pujaan hati setiap pelajar sekolah mereka. Sudahlah murah sedap pula itu. Makan pula dengan sos yang dibuat oleh Cik Peah tauke kantin sekolah mereka. Pergh memang meletop! 

"Oh, kalau macam itu, minta tolong bagi ini dekat dia. Tak perlu cakap siapa bagi. Lagi satu, jangan bagi Irfan nampak. Terima kasih." Dani menghulurkan sehelai kertas yang dilipat empat kepada Farhani berserta sebuah senyuman manis. Kalau tidak kerana buah mulut orang yang mengatakan Dani ini playboy pasti Farhani sudah terpikat. Menawan sungguh! Tetapi yang peliknya tidak pernah pula dia nampak Dani dengan mana-mana perempuan di sekolah ini. Buah mulut orang sahaja barangkali.

Farhani angguk. Kertas yang dilipat empat disambut. Kertas diletakkan dibawah meja. Dani pula berlari anak keluar dari kelasnya. Comel sahaja perangai si Dani ini. Tapi Farhani pelik kenapa Irfan benci sungguh dengan Dani.


"DANI." Syah melabuhkan punggung disebelah Dani yang sedang merenung kosong padang sekolah mereka.

'Jumpa aku lepas sekolah. Tempat biasa. TANPA IRFAN.' Itulah isi kandungan kertas yang diberikan Farhani apabila dia pulang dari kantin pagi tadi.

"Seronok jadi anjing Irfan?" Mata Dani masih kosong merenung padang. Rokok ditangan dibiarkan tidak menyala. Masih ragu-ragu.

"Kau cakap apa ini, Dani? Bila masa pula aku jadi anjing Irfan? Kau yang berubah Dani." Rokok ditangan Dani diambil dan dipijak. Masih berharap Dani berubah.

Dani hanya memerhatikan gerak-geri Syah. Kemudian kepala didongak memandang langit. Diperhati setiap bentuk awan. Ada yang seperti arnab, beruang dan lain-lain.

"Syah, apa benda yang kau paling takut terjadi dalam hidup kau?" Dani bersuara tiba-tiba. Kepala dialih memandang Syah yang seronok melihat langit.

Itu hobi mereka sejak kecil lagi. Melihat langit biru dipenuhi awan putih seperti kapas bersama.

"Paling takut? Bonda aku pergi dulu sebelum aku. Tapi aku yakin benda itu akan terjadi. Kau pun tahu keadaan bonda aku macam mana." Dani dapat rasakan perasaan sedih yang kuat menyelubungi diri Syah setiap kali bercerita tentang ibunya.


BASIKAL dicampak sahaja ke tepi. Seluruh tubuh mengigil ketakutan. Peluh mula membasahi seluruh wajahnya seakan permata berkilauan. Setitik demi setitik jatuh ke atas Bumi yang menjadi saksi debarannya ketika ini. Dada terasa sakit, nafas mula terasa sesak. Oksigen yang ada di Bumi seakan tidak cukup untuk mengisi peparunya. Kedua-dua otot kaki masih dipaksa lari kedalam kediamannya. Mata yang mula bertakung dengan cecair jernih yang hangat dan menjadi penghalang penglihatannya dikesat kasar berulang kali. Ada yang tercinta yang perlu diketahui keadaannya.

"Bonda! Bonda mana?" Syah masih berteriak. Namun tiada satu sahutan yang membalas teriakannya. Hanya gema mengisi gegedang telinga. Adakah mimpi ngerinya sudah menyapa diri?

'Tuhan, selamatkan bonda.'



Yang mengarang,

Side 

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now