21 - INARA

9 0 0
                                    

BAHUNYA ditepuk perlahan oleh seseorang. Kepala menoleh sembari bibir mengukir senyum. Wajah gerangan yang menepuk bahunya dipandang.

"Lama ke tunggu?" soal Fateen mengambil tempat di sebelah Hannah. Farhani pula mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Baru aje. Dani kata dalam sepuluh minit lagi dia sampai. Jalan jem sikit," jelas Hannah.

Hari ini hari yang dijanjikan untuk bawa Farhani berjumpa dengan Irfan. Hannah yang menjadi perantara kerana Farhani tidak begitu rapat dengan Dani. Walaupun dahulunya mereka satu sekolah.

"Aidan ikut kan? Mana dia?" soal Fateen sambil melihat sekeliling. Tak nampak langsung kelibat Aidan di dalam kafe itu.

"Ikut. Dia kena paksa basuh pinggan kejap. Nanti siaplah itu," balas Hannah.

Farhani pula hanya mendiamkan diri, tidak banyak bersuara. Tetapi jauh di sudut hatinya, dia sudah tidak sabar mahu berjumpa Irfan. Setelah empat tahun tidak bersua walaupun pertemuan kali ini mereka tidak lagi boleh berkongsi kisah seperti di bangku sekolah. Pertemuan tanpa Syah.

Setelah sepuluh minit menunggu akhirnya Dani tiba. Hannah yang perasan kedatangannya terus melambai. Kebetulan Aidan juga baru keluar dari dapur. Aidan dan Dani bertegur sapa sebelum mendekati tiga gadis itu.

Wajah Farhani dipandang oleh Dani setelah berada dekat dengan gadis-gadis itu. Lama sudah Dani tidak nampak sesiapa dari sekolahnya dahulu. Maklumlah dulu di sekolah pun dia tidak ramai kawan. Semua takut dengannya, takut dibuli. Hanya Syah sahaja yang tak kenal erti takut bila bersama Dani.

"Farhani kan? Classmate Irfan dan Syah?" Sengaja soalan diutarakan walaupun Dani sudah tahu jawapannya. Buat modal untuk besembang.

"Ya. Dani kelas Science 2?" Dani angguk.

"So nak gerak sekarang kan?" Aidan menyoal. Dia mahu tanya Hannah kenapa Irfan tidak ikut sekali tapi ditangguh dahulu.

"Boleh aje. Jom." Dani mengajak mereka semua. Mereka semua menumpang kereta Dani hari ini. Mudah pergi satu kereta sahaja lagipun jalan yang digunakan untuk ke hospital sentiasa sesak. Terlampau tinggi populasi manusia di kawasan itu.


SEPANJANG perjalanan mereka diisi dengan bual kosong tentang sekolah mereka. Dani dan Farhani mengenang semula memori di bangku sekolah manakala Aidan, Hannah dan Fateen menceritakan keadaan semasa sekolah mereka.

"Puan Lina ajar kau orang tak?" soal Dani teringat guru subjek matematik tambahannya.

"Puan Lina ajar form 5 aje sekarang. Tapi haritu aku pergi tolong cikgu lain hantar barang dekat building form 5. Aku nampak depan mata buku melayang keluar dari kelas. Nyaris tak kena aku. Kalau kena tu memang boleh maut." Aidan bersungguh bercerita.

Siapa sahaja dalam sekolah itu tidak kenal cikgu paling garang dan terkenal di sekolah itu. Pantang tugasnya tidak disiapkan mesti didenda teruk.

"Akak dulu satu kelas kena jalan itik sebab tak ada siapa tahu dapat jawapan betul. Kebetulan pula Syah tak datang time tu. Memang masing-masing tak ada sumber rujukan."

Farhani menambah. Syah memang sumber utama kelasnya menyiapkan tugas-tugas yang diberikan cikgu mereka. Tak pelik Syah merupakan pelajar terbaik akademi untuk batch mereka. Tapi malang Syah tidak sempat mengambil keputusan SPM.

"Kelas aku pun kena. Tapi aku kena tambah lepas jalan itik kena lompat bintang sebab tertidur. Boleh pula kantoi time tu. Malang sungguh." Dani bercerita sambil fokus memandu.

Ketawa masing-masing pecah. Seronok mengamit memori. Setiap memori ada yang indah yang mahu disimpan lama dan ada menyakitkan yang mahu dilupakan untuk selamanya.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now