10 - SERUPA

14 0 0
                                    

ICED Caramel Latte  disedut sambil anak mata coklat gelapnya merenung dalam lelaki di meja hadapannya. Setiap inci ditenung. Muka baik macam itu pun boleh jadi pembuli. Luar biasa betul! Getus hati Hannah sambil menatap wajah Dani.

Gadis dihadapan dipandang sekilas. Mata kembali pada skrin telefon apabila bertembung pandangan dengan gadis itu. Cantik tapi kenapa dia tenungnya macam mahu terkam. Dani melihat sekelilingnya, takut-takut gadis itu sebenarnya mahukan sesuatu berhampirannya.

Dani memberanikan diri menegur gadis itu dengan menjongket sebelah kening. Lama sungguh gadis itu merenungnya, tidak lepas langsung. Mungkin benar dia mahukan sesuatu daripada Dani. Secara tiba-tiba, gadis itu bangkit daripada duduknya selepas Dani menegurnya.

Ah, sudah. Kenapa pula dia ke sini?

Kini, gadis itu betul-betul dihujung meja tempat Dani duduki. Mata masing-masing merenung dalam antara satu sama lain. Sunyi, tiada yang memulakan bicara. Syah juga ikut merenung Dani bersama Hannah walaupun dia memang sudah merenung setiap inci si Dani.

Macam Irfan versi perempuan.

Itu yang terlintas dalam fikiran Dani.

"Eh awak yang terjatuhkan Airpod hari itu kan?" Dani memulakan bicara. Teringat kali pertama dia bertemu gadis di hadapannya ini.

"Hannah dia ingat kau! Dia ingat kau! Borak dengan dia. Korek rahsia dia fasal aku. Kau nak ngorat dia pun boleh. Aku janji tak report umi kau." Syah yang lebih teruja melihat Dani mengingati Hannah. Ditepuk-tepuknya bahu Hannah berulang kali tetapi semua tepukan terus menembusi diri Hannah.

Hannah hanya memaki Syah di dalam hati. Nanti dianggap gila pula oleh Dani. Tanya lain jawab lain, jawapan yang sangat tiada kaitan dengan persoalanya pula itu.

"Iya, saya. Saya tahu ini macam tiba-tiba sangat tapi boleh tak saya nak tanya awak beberapa soalan?" soal Hannah dengan penuh harapan yang Dani akan bersetuju. Mata sengaja dibesarkan sedikit seperti sedang merayu menagih simpati Dani.

Dani angguk sambil memberikan senyuman nipis pada Hannah. Akal fikiran Dani ligat memikirkan soalan-soalan yang bakal ditujukan oleh gadis di hadapannya.  Anak matanya yang coklat gelap itu betul-betul mencuri perhatian Dani.

"Oh dengan Dani bukan main awak saya. Masa pertama kali nampak aku terus aku kau. Pilih rupa punya Hannah! Tahulah Dani itu 0.01% lebih kacak daripada aku yang kacak ini. Tapi sampai hati engkau memperlakukan aku sedemikian rupa." 

Syah disebelah mendengus kasar sambil kedua belah tangan disilangkan ke dada dan badan berpusing sedikit membelakangi Hannah. Terasa dengan tindakan Hannah. Dramatik sungguh.

'Eh dia ini, tadi kata aku boleh ngorat si Dani. Sekarang dia pula yang koyak. Cakap tak serupa bikin betul roh biul gatal ini.' Hannah berseloroh di dalam hati. Mahu sahaja dia memberikan tumbukan padu pada muka Syah akan tetapi dia tahu semua itu sia-sia kerana tubuh Syah akan menembusi segalanya.

"Duduklah. Awak nak apa-apa? Saya belanja. Saya boleh tolong order juga," pelawa Dani sopan santun dan lembut sahaja budi bahasanya. Dani sudah bersedia untuk berdiri dan pergi ke kaunter untuk membuat pesanan.

Hannah menggeleng laju. Segan dibuatnya, sudahlah baru bertemu, Dani mahu belanja pula. Sepatutnya Hannah yang belanja Dani kerana menyelamatkan Airpodnya daripada dihenyak manusia yang sedang berjoging tempoh hari.

"Saya nak borak dan soal-soal sahaja. Tak perlu belanja saya apa-apa. Lagipun saya dah ada air ni. Saya yang sepatutnya belanja awak untuk balas jasa selamatkan Airpod saya." Hannah menunjukkan cawan berisi Caramel Latte yang Aidan buat untuknya sebelum Aidan membantu kakaknya di dapur kafe. Aidan terpaksa menjadi pencuci tambahan hari ini kerana kekurangan staf.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now