9 - SISI

15 0 0
                                    

KOPI O Ais ikat tepi disedut rakus. Matahari bagai menusuk terus ke kulit yang tidak dilindungi sebarang kain pakaiannya. Hannah di tepi dipandang. Ini semua salah dia, minggu lepas di sekolah Hannah memaksa dia joging di taman rumahnya pada hari Sabtu ini. Katanya ada misi penting tetapi sampai sekarang tiada hasil. Terbakar kulit dek matahari ada lah. Dasar!

"Sudah sepuluh minit ini, Hannah. Apa misi penting yang kau kecohkan itu?" Aidan sudah tidak senang duduk. Kalau tolong jaga kafe kakaknya lebih bagus. Penat tapi redup dan paling penting duit masyuk. Ini duit tak dapat tapi dapat dosa memaki saja.

"Sabarlah sikit. Aku pun tak nampak lagi dia. Aku sudah upah kau kopi o ais pun tak cukup ke?" Hannah dan Syah masing-masing daripada tadi tekun memandang setiap orang di taman itu. Namun orang yang mereka cari masih tidak memunculkan dirinya. Malah bayang pun tidak nampak.

Aidan juga turut mengikut gerak-geri mereka. Sekejap pandang orang di hadapan sekejap di kiri sekejap di kanan. Apa yang mereka cari ini? Lagi satu roh ke? Semua orang elok memijak tanah sahaja dia tengok. Tiada pula yang terapung-apung macam Syah di sebelahnya. Aidan sudah tidak tahan. Geram berteka-teki.

"Baik kau beritahu apa yang kita nak buat di sini sebenarnya? Aku punya peluh ini kalau takung dah boleh buat mandi aku dengan kucing aku kau tahu." Naik sedikit nada suara Aidan sambil dia tiba-tiba berdiri.

"Sana!" Syah terjerit sedikit sambil jari menunding ke arah seorang lelaki tinggi lampai yang berpakaian serba kelabu sedang berlari. Dua kepala lagi menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Syah.

Tepat. Itulah orang yang mereka tunggu.

Dani!


HAMPIR setengah jam mereka mengikuti Dani berlari mengelilingi taman itu. Gila, tidak penat ke mamat ini? Aidan sepanjang larian memujuk Hannah untuk berhenti. Hannah pula tidak bersetuju, takut-takut mereka terlepas kelibat Dani. Syah usah cerita, dia terbang sahaja nak penat apa.

Dani berhenti di hadapan bangku semasa dia memulangkan Airpod Hannah. Berhenti juga akhirnya. Ingat mahu lari sampai esok.

Dani mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Lama dia merenung telefonnya, kemudian mata menatap langit seolah ingin menceritakan segalanya pada langit. Hembusan kasar dilepaskan. Telefon disimpan kembali ke dalam poket seluar, topi dibuka dan rambut diselak kasar. Dia mengambil tempat dibangku dan menatap tasik.

Hannah, Aidan dan Syah hanya memerhatikan gerak-geri Dani disebalik pokok berdekatan tempat duduk Dani.

"Alahai, healing pula dia. Hannah aku nak kau upah aku lagi dua kopi o ais ikat tepi. Berlari hampir setengah jam dan menghendap lelaki yang aku tak kenal tidak termasuk dalam kontrak perjanjian kita." Tangan disilang ke dada, kepala menunduk sedikit memandang Hannah yang rendah sedikit daripada dia. Tidak ubah seperti bos zalim memberi arahan kepada pekerja bawahannya.

"Apa-apalah! Mamat yang kita hendap ini ialah Dani. Aku lupa pula beritahu. Maaflah." Mata Hannah masih tekun memerhati gerak-geri Dani. Dani lebih penting daripada bebelan mak nenek atuk moyang Aidan. Bebelan Aidan setiap hari dia dengar manakala kebarangkalian pertemuan dia dan Dani satu per tujuh sahaja.

Syah angguk.

"Hari itu, kami eh... Hannah joging di sini. Kemudian si Dani itu datang pulangkan Hannah punya Airpod. Kami tahu itu Dani pun sebab ada kawan dia panggil. Lagi satu sebab yang menguatkan Dani itu ialah Dani yang kita cari..."

Syah berjeda seketika. Mata Hannah dan Aidan tertumpu pada Syah. Ini berita baru juga bagi Hannah. Selepas kejadian lepas, Syah banyak berdiam diri tidak tahu apa sebabnya. Syah tidak pula cerita apa-apa tentang Dani pada dia.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]On viuen les histories. Descobreix ara