13 - INDAH

16 0 0
                                    

PELUH laju mengalir laju dari dahi ke hujung pipi. Nafasnya tidak teratur apabila terus bangkit dari pembaringan. Rambut diraup kasar ke belakang dan mengatur nafas kembali. Hela kasar dilepaskan, mata terpejam sambil kepala disandarkan ke kepala katil. Dia lagi.

Hari ini sudah masuk seminggu selepas kematian Syah. Sepanjang tempoh itu juga Dani tidak pernah merasakan lena dalam tidurnya. Tidurnya ditemani mimpi tentang tubuh Syah yang tidak bernyawa di atas jalan. Kenangan persahabatan mereka masih segar di mindanya.

Andai waktu boleh diputar, Dani tidak mahu memilih jalan yang sama dengan waktu ini. Sifat pentingkan dirinya telah membunuh satu insan yang benar-benar ikhlas menerima dirinya.

Aku sombong.

Aku tak layak jadi sahabat mereka dari mula.

Aku sampah.

Air mata mengalir deras dari tubir mata. Hati dan minda masih memaki diri sendiri yang serba tidak sempurna.

"Maafkan aku, Syah."

"Kalau aku tak berkawan dengan kau dari mula, mesti kau masih hidup bahagia. Aku berdosa, Syah. Aku tak layak terima keikhlasan kau. Kebaikkan kau menyeksa aku, Syah. Kau sepatutnya benci sampah macam aku."

Esakan halus masih memenuhi ruang bilik tidur Dani. Jam menunjukkan pukul tiga pagi. Rasa ngantuk tidak lagi ada pada diri. Hanya penyesalan yang menyapa jiwa dan raganya ketika ini. Tangisan air mata dibiarkan sahaja bertemu wajahnya.


TASIK buatan di taman tempatnya bersenam ditenung lama. Hampir 20 minit dia merenung kosong tasik itu. Jiwanya kosong tidak berisi. Tidak tahu apa yang dia mahukan di dunia ini. Apa asbab kewujudannya di dunia selain menjadi sampah yang layak mati daripada terus menyusahkan orang sekelilingnya.

Tangan diletakkan di dada, baju digenggam. Kebenciannya pada diri sendiri tidak pernah pudar. Malah semakin hari dia semakin membenci.

"Dani." Asyraff menyapa.

"Lama tenung tasik itu. Kenapa? Rindu awek?" soal Asyraff bersahaja. Punggung dilabuhkan di atas bangku disebelah Dani.

Wajah Dani ditenung lama. Lesu dan pucat. Matanya sembap seperti sudah sebulan menangis tanpa henti. Renungannya kosong seolah hilang punca. Sudah lebih seminggu Asyraff tidak berjumpa Dani kerana sedikit sibuk menguruskan hal kerjanya. Dia benar-benar terkejut dengan keadaan Dani sekarang. Tidak terurus.

"Dani kenapa ni? Ada nak share dengan abang?"

Dani yang tadinya merenung tasik mengalihkan pandangannya ke wajah Asyraff. Jelas kerisauan di wajah itu. Dani hanya berdiam diri dan merenung kosong wajah Asyraff.

"Betul ini tak nak share? Dani tak sedia lagi, ya?"

Dani angguk. Kepala ditoleh kembali menghadap tasik yang dipenuhi itik dan angsa yang menjadi tarikan taman itu. Ada juga kura-kura dan ikan yang berenang-renang gembira di dalam tasik.

"Dah makan? Abang belanja. Dani minta sahaja apa Dani nak."

Dani hanya mengangguk dan menurut sahaja kemahuan Asyraff. Dia juga sudah mati kutu, tidak tahu apa yang perlu dia lakukan dalam hidupnya.


SETIBANYA di hadapan banglo tiga tingkat milik Dato' Qayyim, Asyraff menghentikan keretanya. Dani yang sejak tadi diam membatu bersuara.

"Abang busy?" Wajah Asyraff dipandang.

Asyraff menggeleng.

"Cuti." Sepatah sahaja jawapannya.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now