23 - LOKET

9 0 0
                                    

SELESAI sahaja mendirikan solat Isyak, Hannah terus merebahkan diri di atas katil. Novel, telefon dan Airpod dicapai menjadi penemannya sebelum terlelap. Satu notifikasi Whatsapp masuk.

Mesej dari Dani. Hannah terus membuka mesej itu dan dibaca.

'Hannah, Irfan petang tadi BP dia drop tiba-tiba. Saya ingat nak ajak awak dengan Aidan pergi sekali. Kau orang dah habis exam kan?' ―Dani.

Mesej itu terus dibalas serta-merta. Hannah sudah mula risau. Lagipun sudah hampir dua minggu Irfan menghilang.

'Teruk ke? Ya kita orang baru habis exam. Nanti saya tanya Aidan. Kalau dia tak boleh ikut saya ajak Fateen dengan Farhani ya?' —Hannah.

Mesej dibalas tak sampai seminit.

'Mungkin. Saya tak pasti. Lepas maghrib tadi abi Irfan call saya beritahu. Boleh aje ajak dia orang sekali.' ―Dani.

Mesej dibalas dengan menghantar sticker kartun mengangkat ibu jari. Termenung Hannah sekejap. Novel yang tadi hendak dibaca diletakkan ke tepi.

Kaki mengorak langkah ke balkoni bilik. Angin malam menampar lembut wajahnya. Bintang di langit ditenung lama.

Wajah Irfan dibayang. Tak sangka sunyi juga rasanya tanpa Irfan. Yalah kali pertama bertemu Irfan hampir setahun juga rasanya.

Hannah tidak duduk di kerusi manakala dia duduk di atas lantai sambil memeluk lutut. Hannah kini bersenandung lagu yang sering kali Irfan nyanyikan untuknya. Never Be Alone nyanyian Shawn Mendes, lagu itu boleh dikatakan lagu wajib yang Hannah perlu dengar dari mulut Irfan.


AIDAN dan Hannah menapak keluar dari kafe. Dani tidak masuk ke dalam kafe seperti biasa hari ini. Dia hanya menunggu mereka di dalam kereta.

"Farhani dengan Fateen tak jadi ikut?" soal Dani apabila hanya Aidan dan Hannah sahaja yang memasuki perut keretanya.

"Tak. Ada hal keluarga katanya," balas Hannah yang sudah duduk di dalam kereta.

Dani angguk. "Maybe kita nanti terserempak dengan parents Irfan tapi tak surelah. Tadi abi Irfan mesej kata yang mereka ada nak melawat Irfan hari ini."

Aidan dan Hannah hanya angguk menurut. Masing-masing tak banyak berkata-kata. Risau dengan keadaan terkini Irfan.


NAMANYA diseru dari sebelah kanan. Kepala menoleh memandang empunya suara. Hannah tidak terus ke bilik Irfan seperti Dani dan Aidan. Tiba-tiba pula perutnya meragam tak tentu fasal. Maka dia pun singgah ke tandas dahulu.

"Cik Feeya. Jumpa lagi kita." Hannah menyambut huluran salam Afeeya selepas memastikan tangannya kering.

"Itulah kecil betul dunia. Hannah datang sini kenapa? Hannah sakit ke?" soal Afeeya risau. Yalah itu sahaja tempat mereka asyik bertemu.

"Hannah lawat kawan. Hari itu pun lawat kawan yang sama juga," balas Hannah mesra.

Mereka berdua kini berada di luar tandas. Afeeya dari tadi mengenggam tangan Hannah. Hannah hanya membiarkan sahaja.

"Acik nak sembang dengan kamu sekejap boleh? Hari itu tergantung pula," Afeeya menyoal. Hannah membalas dengan anggukan.

"Kita duduk situ lah. Dekat dengan anak acik punya bilik." Afeeya menunding jari telunjuk ke arah kerusi yang tersusun di tepi dinding hospital itu.

"Hari tu acik kata Inara hilang, kan?" Hannah mengangguk masih mengingati.

"Sebenarnya, Inara bukan hilang. Tapi dibuang oleh ibunya sendiri. Sebab ibu dia tak mahu anaknya itu terseksa."

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant