7- PERTEMUAN

20 0 0
                                    

HANNAH berbaring di atas sofa memandang kosong siling ruang tamu. Televisyen dibiarkan terpasang untuk mengisi sepi. Puan Syazwin dan Tuan Fazlee tiada di rumah untuk seminggu manakala Mak Ila ambil cuti kecemasan hari ini. Kucing peliharaannya sakit. Itu yang dikatakan oleh Mak Ila pagi tadi. Hannah tidak kisah, dia suka bersendirian di rumah kadang-kadang.

Sejak pulang dari rumah Fateen dua hari lepas, mereka masih tidak bertemu dengan sebarang petunjuk tentang Dani, Yusuf dan Irfan. Semuanya bagai disimpan rapi supaya tidak terdedah kepada dunia.

Aneh dan misteri.

Hari ini Sabtu, jadi Hannah tidak ke sekolah. Syah ada di luar mengira burung yang bertenggek di pagar rumah Hannah. Bosan katanya kerana Hannah tidak banyak bercakap hari ini. Mak Ila yang tiada dirumah menambah kebosanan Syah. Kalau tidak pasti dia sudah sibuk di dapur, menyanyi bersama Mak Ila yang sedang memasak dan menghafal segala resepi masakan Mak Ila.

"Ahh! Aku bosan!" jerit Syah sekuat hati. Hannah yang terbaring di sofa terus terduduk. Terkejut dengan jeritan Syah. Sudahlah suara dia agak dalam, pula itu pergi menjerit tak tentu fasal. Gila ke apa?

Syah terbang masuk menembusi pintu kayu besar rumah Hannah. Hannah di ruang tamu dipandang bengis. Hannah membalas pandangannya dengan muka menyampah. Sudah kenapa roh seekor ini. Datang bulan ke? Tapi roh datang bulan ke?

"Kau dah kenapa menjerit? Datang bulan? Burung dekat luar itu cari gaduh ke sampai nak menjerit tak tentu fasal?" soal Hannah sambil cawan berisi air teh dicapai. Dia lupa langsung dia ada buat teh ais lima belas minit lepas. Lama sungguh dia termenung!

"Aku bosan Han Han..."

"Bantu isi kebosanan aku..." rengek Syah sambil terbang dalam bulatan laju-laju di hadapan televisyen. Bosan sangat itu tapi tak pening ke dia?

"Apa aku boleh buat, aku pun bosan juga. Nak main sorok-sorok tak aci. Kau boleh sorok dalam dinding. Memang aku kalahlah cerita dia." Hannah menggaru kepala yang tidak gatal. Dia pun mati kutu mahu buat apa. Drama sudah habis ditonton, novel sudah habis dibaca. Belajar? Baru sahaja dia buat lepas subuh tadi.

"Kacau Aidan jom," ajak Syah semangat. Sejak sudah menjadi kawan baik dengan Aidan, Aidan sahaja yang dia fikirkan.

"Dia kerjalah hari ini. Dekat cafe kakak dia." Hannah teringat yang Aidan memang akan sentiasa bantu kakanya di cafe bila-bila ada masa cuti.

"Iya kan... Lupa pula aku. Sudah itu, kita nak buat apa ini?" Syah campak muka bosan dan ambil tempat di sebelah Hannah. Hannah dipandang kosong sambil mencari idea untuk mengisi kebosanan mereka.

Buat beberapa ketika suasana sangat sepi. Hanya bunyi daripada televisyen sahaja yang memecah bisu antara mereka.

Syah dapat rasakan satu mentol menyala di atas kepalanya. Idea sudah datang!

"Apa kata kita bersoal jawab?" Matanya bersinar-sinar menanti jawapan Hannah.

Hannah angguk.

"Soalan pertama, kau rasa kenapa kita encounter? Apa sebabnya kita bertemu? Kenapa engkau bukan Aidan? Dia pun boleh nampak aku, malah ada juga selain kau orang berdua. Tapi kenapa engkau? Hannah Syazlee," soal Syah panjang lebar dengan nada teruja. Senyuman melebar menampakkan sebaris giginya.

"Sebenarnya aku pun tertanya-tanya. Kenapa akulah orang yang malang itu? Kenapa bukan orang lain?" Hannah buat muka menyampah kepada Syah.

Biadap. Dia kata pertemuan dia dan Syah ialahsatu malang. Punyalah kacak roh itu, dia kata malang. Kalau bertanding dalam pertandingan roh terkacak dengan roh-roh lain, pasti dia menang tempat kedua. Rendah diri.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now