24 - SELESAI

14 0 0
                                    

SEJAK Irfan tidak kembali, duduk di balkoni sambil melihat langit malam menjadi rutin baru Hannah. Hari ini dia membawa sekali novel dan secawan teh panas ke balkoni. Saja ambil angin baru.

Sambil khusyuk membaca tangannya sibuk bermain dengan rantai loket yang dipakai. Loket yang tergantung dengan rantai di lehernya ditenung lama. Hannah baru sedar sesuatu.

Sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat isi di dalam itu. Hal yang sebenarnya dia tidak pernah terfikir pun loketnya itu boleh dibuka. Sehinggalah Datin Afeeya datang ke hidup Hannah.

Novel yang dibaca tadi ditanda dengan penanda buku dan diletakkan di atas meja. Jari jemari bermain dengan loket itu. Khusyuk Hannah cuba membuka loket itu namun terhenti.

Puan Syazwin memanggilnya untuk makan malam bersama. Hannah abaikan loket itu dan turun ke ruang makan sambil membawa cawan yang separuh kosong berisi  teh yang dibuatnya tadi.

"Makan apa, umi? Hakeem dengan abi mana?" soal Hannah sejurus menapak ke ruang makan.

"Nasi, tomyam campur dengan telur dadar. Hakeem dengan abi main PS5 dekat atas. Katanya lima minit lagi siap. Meh tolong umi cedok lauk," balas Puan Syazwin. Hannah terus laju menurut.


SELESAI sahaja menjamu selera Hannah terus ke singki membasuh segala periuk belanga. Hari ini giliran Hannah membasuh pinggan mangkuk. Memang sudah menjadi kebiasaan keluarga mereka untuk bergilir melakukan kerja rumah.

"Umi. Umi rasa loket Hannah ni ada isi ke kosong?" soal Hannah kepada Puan Syazwin.

Puan Syazwin menoleh memandang anak gadisnya itu. Dia pun tak pernah usik lebih loket Hannah itu.

"Umi tak pasti. Masa Hannah kecil umi belikan rantai sahaja. Masa jumpa Hannah memang ada loket itu aje. Itu yang umi belikan rantai. Tak pernah pula cuba buka. Kenapa?" soal Puan Syazwin yang sedang duduk sambil mengambil beberapa vitamin sebelum tidur.

"Tak ada. Tiba-tiba tertanya-tanya." Puan Syazwin mengangguk.

"Umi masuk bilik dulu. Jangan tidur lambat sangat. Mentang-mentang cuti sekolah bantai satu novel satu malam. Tidur tu kena jaga juga."

Hannah tersengih seperti kerang busuk. Sudah kantoi rupanya dia berjaga malam demi membaca novelnya. Mana tidaknya semua itu novel yang seronok memang makanan untuk jiwanya.


PINTU bilik diketuk beberapa kali. Hannah sudah seperti cacing kepanasan. Lambat betul umi buka pintu ni, getus hati Hannah.

Setelah pintu dibuka, Hannah terus meluru masuk ke dalam bilik Puan Syazwin. Tuan Fazlee dan Hakeem masih bermain PS5 di bilik lain. Bilik yang dikhaskan untuk bermain permainan video.

"Umi!" Hannah memanggil sedikit kuat. Nadanya seakan terkejut macam baru jumpa hantu.

Tapi kalau jumpa hantu pun bukan Hannah kisah. Itu memang kebiasaannya. Tapi ini lain.

Loket yang sudah terbuka sepenuhnya dihulurkan kepada Puan Syazwin. Hannah terdorong sedikit mendekati Puan Syazwin yang memerhatikan loketnya.

"Ada gambar?" soal Puan Syazwin. Dia juga baru tahu tentang kewujudan gambar itu.

Gambar seorang kanak-kanak lelaki iras Hannah ketika sebesar itu. Gambar itu di sebelah kiri manakala gambar di sebelah kanan pula gambar seorang wanita manis bertudung bawal.

"Hannah..."

Tak sempat berkata-kata air mata Hannah mula mengalir. Dia kenal dua orang di dalam loketnya. Kenal sangat lebih lagi orang di dalam gambar sebelah kiri.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Место, где живут истории. Откройте их для себя