3- AIDAN

47 1 0
                                    

"UMI, Hannah nak minta izin petang ni pergi kafe yang Hannah selalu pergi tu boleh? Nak jumpa Aidan."

Hannah dah berjanji nak ceritakan rahsianya yang disimpan rapi kepada Aidan. Dia berfikir positif mungkin inilah masa terbaik untuk dia berterus terang. Sampai bila dia mahu simpan rahsia ini daripada orang yang banyak berjasa pada dia.

"Aidan anak auntie Dijah tu kan? Boleh aje tapi dengan syarat jangan balik lewat and jangan buat perkara tak sepatutnya."

"Okay, thank you umi."

Hannah terus melangkah menuju ke biliknya untuk bersiap. Dia janji dengan Aidan akan tiba ke kafe tersebut dalam pukul tiga. Hannah bukanlah seorang manusia yang suka membuatkan orang menunggu ketibaannya. Dia selalu berpegang pada kata 'kita mudahkan kerja orang, Allah mudahkan kerja kita'. Itulah kata-kata yang sering diucapkan abinya.


PINTU kafe ditolak menyebabkan bunyi loceng bergema di segenap kafe itu. Aroma kopi terus menyegat masuk ke dalam rongga pernafasan. Alunan muzik perlahan yang dimainkan menambahkan lagi perisa kafe. Hannah gemar sungguh suasana di sini. Tenang.

"Selamat datang." Hannah disambut ramah oleh pelayan lelaki yang mengenakan apron hitam, t-shirt putih dan seluar berwarna khaki. Semua pekerja didalam kafe ini mengenakan seragam yang sama dipakai pelayan tersebut.

Hannah membalas keramahan pelayan tadi dengan senyuman. Dia terus ke tingkat dua kafe itu kerana disitulah tempat kegemaran Hannah setiap kali singgah ke kafe ini untuk mencari ketenangan.

Setelah kaki menapak di atas anak tangga terakhir, mata meliar melihat favourite spot-nya itu.

Ahh, lambat dah ada orang duduk.

Baru sahaja hendak mengorak langkah menuju ke meja lain telefon di poketnya berdering. Skrin memaparkan nama Aidan. Tanpa berfikir panjang Hannah terus menjawab panggilan tersebut.

"Kau nak pergi meja mana, aku dah dekat sini tak nampak ke?" Nada suara Aidan sedikit tinggi. Tak seperti Aidan yang dulu, sopan dan lembut sahaja bila bercakap dengan Hannah. Benci sangat ke Aidan dekat aku? Soalan yang Hannah tak jumpa lagi jawapannya hingga kini.

"Cuba lambai sikit mana lah aku tahu kau yang mana satu. Ramai kut orang atas ni."

Terlihat lelaki yang mengambil favourite spot Hannah melambai ke arahnya. Aidan rupanya yang duduk di situ. Sedikit gembira seorang Hannah dapat memenangi tempat tersebut.

Telefon dimatikan dan terus mengorak langkah menuju ke arah Aidan. Dia sangkakan dia yang akan sampai dahulu tapi seperti biasa seketul Aidan akan sentiasa datang lebih awal daripadanya.

"Favourite spot kau kan?" Tanpa salam diucapkan Aidan terus menyoal Hannah yang baru sahaja duduk di hadapannya.

"Ya, mana kau tahu? Kau stalk aku ke?" Kagum Hannah apabila Aidan tahu tentang tempat kegemarannya.

"Dah kau tiap hari rabu dengan sabtu datang sini then duduk sini order ice latte dengan cheese red velvet mana aku tak tahu."

Serius mana Aidan tahu semua ini? Detail sangat info yang dia tahu ni. Hannah seriau memandang lelaki di hadapannya. Takut yang Aidan benar-benar menghendapnya.

"Ini kafe kakak aku. Aku kerja sini tiap kali balik sekolah. Macam tu lah aku tahu," balas Aidan sambil menoleh ke kiri memandang Syah yang sudah puas meneroka kafe ini.

Sebelum Hannah menuju ke tangga tadi Syah sempat berbisik kepadanya yang dia mahu melihat kawasan sekitar kafe ini. Mana tahu mungkin dapat ilham tentang kehidupannya.

Thanks, Mr. Boo [COMPLETED]Where stories live. Discover now