• 1 | 𝐁𝐘𝐃 •

1.2K 81 13
                                    

Kepalanya didongakkan kelangit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepalanya didongakkan kelangit. Langit nan luas yang sudah sedia gelap memenuhi pandangannya. Haura sangat sukakan suasana pada waktu malam. Gelap, malap, hitam, legam tetapi tetap memberikan rasa nyaman pada gadis itu.

Meskipun ada cahaya-cahaya kecil yang belum cukup terang buat kornea manusia, tetapi tidaklah terlihat menggerunkan atau menakutkan bagi Haura.

Mata cantik kebiruannya tidak lelah memerhati dan meneliti satu persatu bintang-bintang yang berkerdipan dilangit. Bulan yang setia menjadi penerang malam juga turut menghiasi pandangan.

Usah dinafikan, senyuman yang terukir pada wajah cantiknya jelas terlihat. Tersenyum candu melihat ciptaan Illahi. Tidak lupa juga bibirnya yang terkumat-kamit memuji Sang Pencipta.

"Raeesha." sedang tenang menikmati keindahan malam, tiba-tiba ada yang menyeru namanya daripada belakang. Terus dia menoleh kearah si penyeru, terus lebar senyumannya.

"Erdyna!" sahutnya. Patutlah senyuman yang diukir makin melebar, sahabatnya yang memanggil rupanya.

"Kau buat apa duduk di luar dorm sorang-sorang ni? Malam-malam pula tu." soal Erdyna sambil menghulurkan segelas kaca berisi hot mocha coffee kepada Haura. Bersinar-sinar anak matanya ketika menggapai gelas kaca itu.

Hot mocha, kegemarannya.

"Saja, mahu menikmati suasana malam di rooftop asrama ni. Iyalah, ini kan malam terakhir aku kat sini." Mengeluh kecil.

"Kalau ya pun nak fefeeling last memories kat sini.. Janganlah malam-malam, Esha. Dah lah sejuk ni. Kau tu bukan boleh sejuk-sejuk. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana?" bebel Erdyna sambil mengerling pakaian yang dipakai Haura. Hanya berbaju lengan pendek dan disarung cardigan bermaterial tipis.

Macam manalah Erdyna tidak membebel? Haura ini degil orangnya. Lagi-lagi tentang kesihatan dia. Susah betul dia mahu dengar nasihat. Dengar tu memanglah dengar, tapi patuhnya tidak. Haura bukannya kisah pasal kesihatan diri sendiri. Orang lain pula yang terlebih kisah tentang kesihatan dia.

Erdyna. Nama penuhnya Erdyna Shaheera. Sifatnya agak tegas berbanding Haura Ar-Raeesha yang lebih memilih untuk berlemah lembut. Erdyna juga memang lemah lembut, tetapi tidak selembut Haura.

Ya, Erdyna dan Haura memang selalu berlemah lembut. Tetapi jikalau sudah datang mood angry bird mereka, peti ais bangunan sebelah pun boleh terbang.

Seperti yang sedia tahu, Erdyna adalah kawan rapat Haura. Daripada awal Haura masuk ke tahfiz lagi, Erdyna lah yang selalu menjadi peneman setia buat Haura.

Dia jugalah yang selalu memberikan tunjuk ajar kepada Haura. Mereka berdua saling memberi tunjuk ajar dan rajin berkongsi pendapat tentang ilmu yang baru diperoleh.

"Alaa bukan ada apa-apa jadi pun. See.. Elok je aku duduk sini.."​

"Tapi kalau jadi apa-apa pun, kau kan ada." sambung Haura lagi. Bersama senyuman tidak bersalah nya. Kan dah kata, degil. Sama je macam orang yang baca ni.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now