• 29 | BYD •

192 20 5
                                    

Jangan lupa votes and comment! hehe
.​
.​
.​

Setelah beberapa hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah beberapa hari..

Angin pantai lembut menyapa kulit wajahnya. Pakaian yang dipakai juga turut terkesan dengan angin yang datang, kemeja hitamnya bagai berombak terkibas-kibas dek angin. Diluar kawal, bibirnya mengoyak senyum candu. Puji-pujian Kepada Sang Penguasa Langit dan Bumi diulang-ulang dalam hatinya bagai pita rosak. Mengagumi ciptaan Tuhan yang satu ini.

Tali beg kertas yang digenggamnya daripada tadi dilepaskan sebelum dia letakkan ke permukaan pasir. Jam yang terlilit elok di lengan ditilik. Masih ada beberapa minit sebelum waktu yang dia geruni tiba. Waktu yang dia tidak mahu tapi tertunggu tiba. Situasi yang dia nantikan tapi tetap ditakutinya tiba. Situasi yang dia tidak impi tapi didambanya tiba.

Nafas dihela.

Tangan dibawa menyilang ke dada. Pandangan terarah sedikit kebawah merenung ombak yang deras memukul pasir di darat. Sekali-sekala air laut yang dingin menyentuh hujung jari kakinya.

Sedang asyik termenung,

Tidak semena mena hujung matanya tertangkap susuk manusia yang berdiri agak jauh darinya. Oleh kerana pantai ini tidak ramai pengunjung, maka jika ada seseorang yang mendekat, automatik kepala terasa mahu menoleh melihat siapa yang tiba-tiba berada sekelilingnya.

Sebaik sahaja menoleh, matanya terus terpaku disitu. Kepalanya kaku, tubuhnya mengeras. Ianya wanita. Wanita yang juga sedang merenung ombak seperti yang dia lakukan tadi. Bukan disebabkan seseorang itu adalah 'wanita' yang membuat tubuhnya mengeras, malah kerana wanita itu adalah wanitanya yang sudah dia menanti sejak tadi.

Wanita itu berpakaian serba hitam. Dari burqab yang disarungnya ke wajah, hijabnya, jubahnya dan hinggalah ke bawah, berwarna hitam semua. Diluar jangkaan, pakaian mereka berwarna sama. Serupa.

Pandangan Aahil kembali terarah kehadapan. Sedikit menunduk. "Kau datang." Walau dia sudah tahu tetapi dia tetap seakan tidak percaya

Haura mengerdip sekali, "Ya." suara yang hampir tak terkeluar bunyinya.

Aahil yang mendengar, serasa mahu menyelamkan kepala di dalam laut.

Tiba-tiba Aahil seakan tersedar sesuatu. Dahinya serta merta berkerut. Mana mungkin dia berdua sahaja disini dengan wanita ini? Dimana Raees dan Raeed? Takkan mereka berdua mudah-mudah ingin meninggalkan adik mereka berdua dengan bukan mahram. Itu mustahil.

Kepalanya ditoleh kebelakang belah kiri. Tiada keberadaan Raees mahupun Raeed disitu. Toleh pula sebelah kanan belakang, automatik hilang kerutan di dahi berganti dengan senyuman segaris.

Raees dan Raeed sudah bersila berdua di bangku pondok. Agak jauh daripada kedudukan Haura dan Aahil. Jika si kembar itu bercakap kuat sekalipun belum tentu Aahil dan Haura boleh dengar. Mereka benar-benar memberi privasi buat mereka berdua.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now