• 32 | BYD •

78 12 7
                                    

• hi, rindu tak? i'm truly sorry sebab lama tak update. mesti dah boring tunggu end up biar je berhabuk kan. hmm it's okay , i'm fine , gwenchana .. my bad my bad.

happy reading for you! kut-kutlah ada yang lupa apa jadi sebelum ni, silalah baca chapt sebelum yaa supaya boleh refresh balik heheh ;)

before that, bismillah ..

Sesudah dia melangkah masuk pintu utama lapangan terbang, langkah kakinya dilajukan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesudah dia melangkah masuk pintu utama lapangan terbang, langkah kakinya dilajukan. Mencari orang tuanya. Sesekali dia mengerling ke skrin telefon untuk melihat waktu. Anak matanya melilau memerhati setiap gerak geri manusia yang bilangannya tak mampu dikira dengan jari. Sesak begini agak payah untuk mengenalpasti keberadaan mama dan papa.

Riak wajahnya berubah teruja apabila sudah jumpa apa yang dicari, lekas Aahil membawa langkahnya kesana.

"Mama.. ayah," lengan orang tuanya dicuit sekaligus. Bibir tersenyum manis.

Jannah lantas berpaling, kaget. "Haan, datang sini juga?" Tadi beria tak mahu ikut. Katanya ada kerja itulah, inilah. Akhirnya, muncul juga muka dia disini. Apalah yang membuatkan anaknya ini berubah fikiran?

Aahil hanya senyum menayang gigi tersusunnya. Langkah dituju kearah Ridhwan, bersalaman. "Sihat, Nuhaan?" belakang Aahil ditepuk dua kali.

"Alhamdulillah. Uncle sihat?"

"Alhamdulillah, biasalah sihat orang tua."

Berkerut dahinya. "Segak begini, katanya tua? Salah besar uncle." tubuh badan elok sihat, tegap. Jawline maintain tajam, dari mana datang tua nya?

Kata-kata Aahil membuatkan Ridhwan tertawa besar. Kepalanya tergeleng-geleng dengan kenyataan Aahil.

"Betul tu! Nak tambah cahaya mata baru pun rasanya masih kuat lagi ni!" Raees menyampuk. Serentak itu, dia memaut bahu Aahil dari belakang.

Kenyataan Raees tadi mendorong pergerakan luar kawalan Ridhwan dengan melayangkan tapak tangannya ke wajah anak sendiri. Hah kan dah mendapat.

"Auch! How dare you touch my face, dad." Raees menyentuh pipinya seraya mengelap air mata palsu sebelum ayah dan anak itu mengekek dengan perbuatan mereka sendiri.

Raees melarikan pandangan kearah Aahil pabila terasa lengannya dicuit. "Apa?"

"Mana dia?" Sempat Aahil memandang ke kiri dan ke kanan sebelum bertanya.

"Dia, siapa?"

Aahil mengeluh dengan jawapan menjengkelkan Raees. "Jangan buat-buat tak bijak, Ees."

Wajah Aahil menggeletek isi perut Raees, langsung tertawa kuat lagi. Lagi bersungguh dahi Aahil berkerut. Tak jumpa lawak kat mana. Terhibur sorang-sorang pula lelaki ni.

"Dia ada dalam kedai gula-gula sana tu, adik kau pun ada sekali." Raeed mencelah. Sedari tadi dia hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Mata tepat merenung kedai gula-gula yang berwarna-warni itu. Mata Aahil juga tertancap disitu.

OG || ℬ𝒾𝒹𝒶𝒹𝒶𝓇𝒾 𝒴𝒶𝓃ℊ 𝒟𝒾𝓃𝒶𝓃𝓉𝒾 Where stories live. Discover now